BUAT APA CUTI SEMALAM?


Assalamualaikum. 

Semalam, 17 Okt 17 (cantik pulak tarikh) sha cuti yay! kenapa cuti hari selasa? kenapa bukan jumaat sabtu? haha sha pun taktau sebab dari start kerja memang bos sha cakap cuti selasa tapi kalau ada kerja ke apa boleh je nak mintak cuti hari lain tapi memang seminggu sehari jelah cuti huhu sedih. kenapa cuti semalam? harini takcuti? ohyeah harini takcuti ye haha kiranya tempat kerja sha ni kalau cuti yang berkaitan dengan islam je cuti macam awal muharam semua tu, so harini sha kerja! tapi sebenarnya nak cerita pasal semalam....

Sebaik je bangun tidur semalam, lepas settle semua benda wajib, sha mengendap ikut tingkap jeng jeng jeng haha malam sebelum tu, sha cakap kat anak cousin sha yang darjah 5 tu, esok gi beli roti canai. dia pun ok! tapi pagi tu sha duk mengendap takde nampak budak ni pun haha pastu mak dia keluar, sha pun tanya lah mana bukhori, mak dia cakap duk tidur lagi -_- kejap nakgi kejut, sebaik dia senang bangun, dalam beberapa minit dah muncul depan pintu bilik sha. hahaha ok kejap, rumah kitaorang memang dekat la, jarak sebelah sebelah 200m mcm tu je, selalu kalau dorang dalam bilik boleh je sembang ikut tingkap haha tak senonoh betul perangai, lepas tu pergilah dua orang manusia mencari roti canai, mula tu nak pergi kedai yang 1 tu sebab si bukhori nak roti canai mentega, tapi takdak rezeki dia, kedai tu tutup haha so teruskan perjalanan gi beli kat kedai lagi satu, dia beli roti biasa - 2 biji sha beli roti telur sebiji. dan mak dia pesan beli nasi, kitaorang pun jalan lah gi gerai tepi jalan beli nasi lemak, hari cuti kena keluar awak kalau tak lauk yang kita nak habis haha! mak dia suruh beli nasi ayam yang sebungkus seringgit tu tapi takdak so beli nasi lemak bilis telur jelah 5 bungkus, sha pun tak melepaskan peluang haha! sha beli nasi + sotong sambal + udang sambal = RM3 haha murah tak? ok sebenarnya sha mintak kerang lepas balik dah bersila nak makan tengok sotong hahaha gi tukar? memang tidaklah haha takpe nasi dia sedap.

Lepas dah makan apa semua, sha berniat nak kemas the whole bilik harini (which is semalam) sebab sha ni susah betul nak kemas bilik sebab bilik sha memang sentiasa kemas HAHAHA bila dah terniat terus gi ambik kain apa semua nak mengemas sebab kalau asyik niat je karang takpe rehat dulu lepas tu jadilah nanti lah cuti minggu depan haha selalu dah macam ni. sha pun mulakan dengan bahagian sha letak skincare dan makeup sha, nampak macam takdak apa pun, tapi letih jugaklah situ pun, lepas tu sha kemas baju baju gi kerja, siap mop lantai lagi semalam hahaha nenek sha cakap sha salah makan ke apa sebab selalu malas haha, dah tu kemas katil, dan almari and im done. rasanya dari pukul 9 sampai 11 lebih jugaklah mengemas sambil sambil layan cerita kapur kuning untuk puteh betul ke tak tajuk dia haha sedih kemain cerita tu, sha nk tahan sebak didada je V,V

peneman tidur haha

sikit je tapi takguna semua pun😂

Settle mengemas sha whtsapp kawan sha tanya nak keluar tak pastu dia cakap okay dan sha cakap nak gi mandi pe semua kan, dah habis mandi sha pun whtsapp semula dia, dia tak reply gaisss! sejam kemudian baru reply tertidur katanya -_- sha memang dah agak dah hahaha rasa malas nak kluar tapi lapar, so dengan cuaca di Kedah yang panas kemain ni, sha keluar jugak. time nak bersiap tu umpama bersiap sambil berlari, kemain berpeluh haha kita orang makan megi sup siam, tapi bukan yang viral tu. ni kedai biasa je tapi takpe jugak takviral pun, letih lah pergi kedai viral asyik takde tempat duduk je haha balik je dari situ letih dah sebab kenyang, rehat rehat kejap haha rehat sampai malam lah cerita dia. belah malam pulak layan cerita kat tv je, memang idok le nak keluar. haha tu jelah yang berlaku semalam, hahaha nampak macam takde buat apa pun tapi letih jugak tapi best sebab keluarkan peluh hahaha bye ❤

9 comments:

  1. nurul still tak lepas2 lagi shopping dekat sgshop.. hehehe.. nak beli bantal comel2 tu.. tapi dalam bilik ni dah penuh dengan teddy bear :p

    ReplyDelete
  2. Kalau tak ada benda nak buat, g jogging pun best juga..

    ReplyDelete
  3. Ingatkan pergi kedai makan yg viral tu.. baru nak tahu ulasan jujur fyqah hehe

    ReplyDelete
  4. hi sha, duk kedah jugak ke kat mana tu?

    ReplyDelete
  5. tak cuti.. kejeeeeee macam abangggglaaa.. hahaha

    ReplyDelete
  6. bersembang ikut tingkap terus akak teringat cerita P Ramlee... ahli mesyuarat tingkap :)

    ReplyDelete
  7. Akak pun cuti gak hari selasa.. gi dating dengan encik suami.. hehehe.. layan marathon wayang..

    ReplyDelete