Assalamualaikum!

harini sha nak cerita pasal jenis - jenis kulit muka. awak tau tak kulit muka awak jenis apa? penting tau untuk tahu kulit muka kita jenis apa sebab daripada jenis kulit muka kitalah, kita nak beli skincare yang macam mana. kalau salah beli nanti takut makin teruk pulak kan.


so basically ada lima jenis kulit muka :-

  • kulit berminyak (oily)
  • kulit normal (normal)
  • kulit kombinasi (combination)
  • kulit kering (dry)
  • kulit sensitif (sensitive)

KULIT SAYA JENIS APA EH? so here we go..


Kulit berminyak

sebenarnya untung tau siapa ada kulit jenis berminyak. nampak glowing gitu. tapi kalau minyak yang melampau takbest jugak kan. tambah tambah kalau nak pergi kenduri time cuti sekolah ni. dengan panasnya dengan lauk pauk yang sedap tu fuhh. so antara ciri ciri kulit berminyak adalah lepas cuci muka, takbuat apa benda pun kulit jadi berminyak. yes, kulit awak jenis berminyak. antara ciri yang lain, liang - liang pori besar *macam muka sha* , muka jadi berkilat dan mudah naik jerawat :(

Kulit normal


kulit jenis normal ni takbanyak masalah sebenarnya. sebab? sebab dia normal hehe. antara ciri kulit jenis normal adalah kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak, tidak sensitif. liang roma juga tidak terlalu kelihatan dan berseri.Pada keadaaan tertentu, kulit normal cenderung berminyak atau kulit normal cenderung kering. bertuah sangat siapa yang ada kulit jenis normal ni kan? 

Kulit kombinasi


jenis kulit macam ni sedikit leceh tau. sebab kalau nak beli makeup kena beli dua jenis hahaha! contoh kalau pipi jenis dry (macam dalam gambar) dan t-zone jenis oily (macam dalam gambar). mana boleh makeup yang untuk yang jenis oily kat dry dan dry kat oily. nanti mesti something wrong happen eheee. so antara ciri ciri kulit jenis combination ni :- Liang yang kelihatan lebih besar dari biasa, kerana ianya lebih terbuka, blackheads dan kulit berkilat. 

Kulit kering


sekarang musim panas melampau ni kan, kulit sha pun kadang - kadang jadi kering jugak tapi sha selalu pesan kat diri sha suruh minum air masak secukupnya dan jangan lupa pakai moisturizer ok?! antara ciri - ciri kulit awak jenis kering adalah kulit jadi kasar dan kusam. selain itu, liang - liang pori tak kelihatan tetapi garis - garis halus di muka kelihatan dengan jelas dan kulit kering lebih cepat berkedut.

Kulit sensitif


Tidak ramai wanita yang benar-benar mempunyai kulit yang sensitif, sebenarnya kita sendiri yang berasakan kulit kita sensitif. Sesetengah wanita yang kulit mukanya sebelum ini bukan jenis sensitif , tidak mustahil boleh berubah menjadi sensitif kesan sampingan penggunaan produk skincare beracun dan mempunyai merkuri yang tinggi! antara ciri - ciri kulit sensitif adalah kulit yang tipis, mudah luka dan adakalanya berwarna kemerahan dan mudah mengalami keradangan .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
so dah kenalpasti belum kulit awak jenis yang mana? nanti sha share skincare menu pulak okay? 😊❤ kulit sha jenis normal to oily. korang pulak?