Assalamualaikum

TUKAR BAJU BLOG SEMPENA NEWYEAR! | Hi. Walaupun jarang update tapi nak jugak bagitau orang yang saya baru lepas tukar baju blog haha tahun baru blog pun berwajah baru 🤭 sebenarnya hati ni ada jugak terdetik nak membeli theme baru kat blog ni tapi takut pv jatuh tak naik naik haha



TUKAR BAJU BLOG SEMPENA NEWYEAR!

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab theme sebelum ni dah jatuhkan saya punya pv :( dari 4 angka jadi 3 angka! Sedih jugak bila ingat ingat balik haha sedih plus menyesal sikit. Tapi tak dinafikan lah, theme sebelum ni memang macam berat sikit. 

Berat macam mana tu? Berat mcm saya berat tak turun turun haha takdelah, blog berat ni macam nak loading susah. Jangankan cakap korang malas nak tinggalkan jejak. Kalau saya pun saya malas :3

Lagi satu masalah takboleh nak komen guna phone 😓 kita ni takdelah rajin sangat nak bukak laptop sentiasa, phone memang kat tangan je tapi tulah takdapat pulak nak komen. Kalau tak, boleh jadi aktif mcm kat media sosial lain 🤭

Banyak sangat ni merapu tengah tengah malam ni, dah nak pukul 2 dah ni. Baik tidur ni, kang banyak lagi saya bebel. So ok tak theme yang baru? Boleh suggest tak selalu korang pakai theme dari website mana? 

Ok bye 🫡