Assalamualaikum

TOLNADERM CREAM : UNTUK KURAP DAN KURAP KAKI | Hi! Harini saya nak share pasal satu cream yang saya pakai dan berkesan. Ceritanya balik mengundi haritu, tah kenapa kaki saya gatal gatal dan saya rasa macam kurap so saya pun ke farmasi nak beli cream. Saya pilih Tolnaderm Cream ni sebab dia je paling murah πŸ˜‚



TOLNADERM CREAM : UNTUK KURAP DAN KURAP KAKI

Tertanya tanya tak kenapa boleh jadi kurap? Saya pun tertanya tanya jugak jadi saya google hehe tu jelah yang senang kan? πŸ˜‚

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.

Tiga jenis dermatophyte yang dikenal pasti menyebabkan kurap adalah dari jenis Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton. Selain daripada menjangkiti kulit, kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti  kuku dan rambut.

(Portal myhealth)

Masa mula beli tu saya tak pakai lagi sebab sibuk lagi berjalan alang alang balik kampung. Bila dah sampai rumah kat nismilan barulah saya mula pakai. Tu pun sebab rasa macam gatal sangat huhu




Saya beli cream ni dengan harga RM14.90 tapi kat shopee saya jumpa lagi murah (klik sini kalau nak beli).


Bekas dia macam ni. Sebenarnya saya suka kalau produk sapu sapu letak dalam bekas macam ni sebab bersih sikit berbanding jenis yang diletakkan dalam bekas bulat tu. 


Cream Tolnaderm ni jenis senang serap, jadi tak melekit bila sapu. Tapi jangan pula sapu banyak banyak. Sapu kat tempat gatal tu je. Selalunya saya sapu 3 hari berturut turut insyaAllah tempat gatal tu kering.

For me lah, saya akan repeat dan pastikan cream ni ada je kat rumah since my husband and i memang jenis penggatal (hahaha lol)

Okie bye! 🫢🏻