Assalamualaikum

TAHUN BARU, SKINCARE BARU DENGAN SCARLETT! | Hi! sedar tak sedar dah nak habis tahun 2022, esok dah tahun baru. Hello 2023! macam biasalah bila tahun baru ni semua nak reset, semua nak baru je kan termasuklah skincare. Saya ni kalau bab lain memang pemalas sikit tapi kalau bab skincare terus jadi rajin hehehehe. 

Walaupun dalam saya cakap rajin tu, ada juga tiba masanya jadi malas. jadi saya akan guna skincare yang basic je, cleanser - toner - serum - day cream/night cream dan suncreen (paling penting!!!!) jom nak share dengan korang skincare baru saya untuk tahun 2023!

TAHUN BARU, SKINCARE BARU DENGAN SCARLETT!

Untuk skincare tahun baru ni, saya memilih produk yang diterbangkan dari Indonesia! sebenarnya dah lama saya kenal brand ni sebab saya tertarik dengan produk dorang yang ada banyak series mengikut masalah kulit yang kita hadapi. Brand tersebut adalah Scarlett!

Disebabkan haritu pergi mandi laut lagi dan muka terbakar jadi saya try yang Brightly Series! Buat masa sekarang saya baru guna 4 produk dari series ni iaitu Brightly Ever After Serum, Glowtening Serum, Brightly Ever After Cream Day dan Brightly Ever After Cream Night

Brightly Ever After Serum



Siapa kat sini yang wajib add on skincare routine dia dengan serum? ok kita geng! rasa tak lengkap skincare routine bila takda serum. Brightly Ever After Serum ni mempunyai bahan bahan yang power seperti : Lavendar Water (Membantu menyejukkan kulit yang teriritasi ringan), Phyto Whitening (Membantu mencerahkan kulit wajah) , Niacinamide (Membantu mencerahkan kulit secara merata) , Glutathione (Membantu mencerahkan kulit) dan juga Vitamin C (Membantu meratakan warna kulit) ! Antara manfaat serum ni untuk kulit adalah membantu merawat kulit agar tetap halus, membantu mencerahkan kulit serta menjaga kelembapan kulit dan membantu mengurangkan noda hitam di kulit wajah.



Apa yang saya suka dengan serum ni ianya tak melekit dan senang serap ke kulit. Cara penggunaanya juga senang, hanya teteskan serum ke tapak tangan dan sapu ke seluruh muka! tunggu beberapa saat sebelum  ke next routine!

Glowtening Serum



Skincare daripada Scarlett ni bukan gunakan bahan yang bukan bukan tau! Kalau tak percaya jom tengok next produk, Glowtening Serum! dalam serum ni pula ada bahan bahan seperti ; Tranexamic Acid (Membantu mencerahkan kulit wajah) , Calendula Oil (Membantu kulit tampak bercahaya. Membantu menyejukkan kulit teriritasi ringan. Membantu merawat kulit berjerawat) , Olive Oil (Membantu melembapkan kulit) , Allantoin (Membantu melembapkan kulit dan membantu menyejukkan kulit yang teriritasi ringan) , Liquorice Extract (Membantu melindungi kulit dari efek buruk sinar UV. Membantu membersihkan minyak berlebih pada kulit wajah)  dan juga Aloe Vera (Membantu merawat kekencangan kulit). Serum ni dapat membantu melembapkan serta mencerahkan kulit dan dapat membantu kulit nampak glowing dan mengurangkan noda gelap!



Mula mula saya tak suka sangat dengan tekstur serum ni sebab pekat sangat! tapi bila dah guna baru saya suka sebab walaupun pekat tapi tetap senang nak serap dan tak melekit pada kulit. takdelah tak selesa bila pakai dan yang penting muka pun nampak glowing tau!

Cara memakainya ;  Teteskan serum secara merata dan pijat perlahan, biarkan beberapa saat sebelum menggunakan tahapan skincare berikutnya.

Brightly Ever After Cream Day




Sejujurnya saya memang susah nak stick dengan satu satu cream, kiranya hampir setiap kali cream saya habis, mesti saya akan tukar ke brand lain pula. tapi bila dah try cream ni, terus inlove! mana taknya, bahan yang digunakan dapat mengurangkan penampakkan pori pori di wajah saya dan dapat menghidrasikan kulit juga!

Antara bahan yang ada dalam cream ni ; Glutathione (Membantu mencerahkan kulit) , Rainbow Algae (Membantu meratakan warna kulit) , Rosehip Oil (Membantu menyamarkan tampilan kerutan) , Poreaway (Membantu mengurangi tampilan pori-pori besar) , Triceramide (Membantu melembapkan kulit. Membantu merawat kekencangan kulit.) dan Aqua Peptide Glow (Membantu kulit tampak bercahaya. Membantu menghidrasi kulit.) . Cream ni jenis thick, tapi saya suka bau dia! tenang je bila pakai kat muka hehe

Cara pakai ; gunakan cream pada wajah yang dah dibersihkan dan kering. Ambil cream secukupnya dan sapukan keseluruh muka. Gunakan pada waktu siang.

Brightly Ever After Cream Night

Akhir sekali, night cream. Kebiasaannya saya pakai sleeping mask bila waktu malam, tapi lepas beberapa bulan saya perasan yang takde perbezaan pun dengan apa saya pakai tu. jadi saya pun bertukarlah ke Brightly Ever After Cream Night. Macam biasalah, sebelum beli haritu memang saya study dulu apa bahan yang digunakan. Dalam cream ni ada ; Niacinamide (Membantu mencerahkan kulit secara merata) , Glutathione (Membantu mencerahkan kulit) , Vitamin C (Membantu meratakan
warna kulit), Hexapeptide-8 (Membantu menyamarkan tampilan kerutan), Poreaway (Membantu mengurangi tampilan pori-pori besar), Green Caviar (Membantu menghidrasi kulit)  dan Aqua Peptide Glow (Membantu kulit tampak bercahaya).




Mesti ada yang fikir, nak tidur pun nak pakai cream lagi ke? ha korang trylah pakai satu malam, esok pagi bangun kulit rasa lembut lain macam! konfius kulit kita ke kulit baby hehehe! tapi satu jelah, cream malam ni jangan pakai berlebihan nanti miss J datang. cream ni best sebab senang meresap ke kulit! takde rasa rimas nak tidur muka terasa berminyak!

Cara guna sama je dengan day cream, cuma yang ini pakai waktu malam tau!

Kalau ada yang tengah fikir macam mana nak beli skincare daripada Indonesia ni? korang jangan risau, boleh beli di https://linktr.ee/scarlett_whitening! Kalau korang beli lain lain platform, korang boleh semak dulu produk tu asli ke tak, check KAT SINI.

Ok bye!