ALHAMDULILLAH SAYA DAH KAHWIN!

13

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH SAYA DAH KAHWIN!  | Hi! Lama betul tak update blog, dari single sampai dah jadi isteri orang ye 🤪 alhamdulillah! Pasni dah takda dah post pasal LDR sebab kitaorang dah 0km sekarang!! Syukur ❤️

ALHAMDULILLAH SAYA DAH KAHWIN! 

Sebenarnya kan geram je nak cerita semua kat blog 😂 tapi at the same time nak simpan sampai betul betul jadi, bak kata ntah sapa “takpasti jangan kongsi” sekarang dah pasti, jadi barulah boleh kongsi hehe

Panjang juga lah perjalanan nak nikah ni, dari masalah sijil nikah mak abah hilang, dah makan bulan dah settlekan sebab mahkamah ada hari je dia bukak tapi mmg makan bulan! Mulanya nak nikah hujung bulan 6, terpaksa postponed bulan 8.

DAPAT TARIKH NIKAH 3 HARI LEPAS HANTAR BORANG KAT PEJABAT AGAMA

Disebabkan kariah saya takda imam buat masa sekarang, jadi kenalah nikah di pejabat agama. Tapi okay je, sebab katanya nikah di pejabat agama selalunya cepat 😂 saya hantar borang nikah hari isnin 9/8 pastu puan pejabat agama tu cakap, "nikah khamis ni nak?" 😂😂😂 gelabah la saya hahahah pastu terus cakap taksempat kot sebab suami dari negeri sembilan, nak settle surat polis apa semua lagi kan.

Pastu pilih tarikh sendiri 19/8, bila balik tanya abah, suami semua tak free 🥴 habis saya nak nikh sorang ke cemana hahahah then tanyalah 29/8 ada slot kosong lg tak nak nikah, alhamdulillah ada ❤️

Jadi 29 Ogos 2021, pukul9 lebih sah saya menjadi isteri kepada suami saya ✨ siapa sangka dari instagram ke sebuah perkahwinan. Macam takpercaya kadang kadang dah ada suami 🤪 otw balik ke rumah lepas nikah, suami cakap "dulu takyakin kan? Ha sekarang dah nikah" 😂

Sampai sini je dulu, nanti story lagi 🤪 nak bagi hadiah kahwin boleh pm tepi ok 😂🤣


Tags

Post a Comment

13 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Alhamdulilah!! Tahniah fyqah...
    Segala rintangan telah berjaya dilalui..
    Semoga perkahwinan ni kekal sampai bila-bila k...

    Eh eh... then fyqah ikut husband dok n9 ke camne tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakret. Aaminn ❤️ Haah dah dua minggu kat n9 🤭

      Delete
  2. Ahamdulillah dah kahwin. So sweet, Instagramer dengan Blogger, Tahniah, moga berbahagia dan diberi rezeki melimpah ruah dan diberkati Allah swt. Aameen.

    ReplyDelete
  3. Barakallah😊💕. Semoga bahagia kekal ke jannah. Akak dulu kenal husband dari weechat😆.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih ❤️ Wahhh app lagend tu 🤣

      Delete
  4. tahniah piqah.. semoga bahagia hingga syurga... ^^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Tahniah. Memang banyak dugaan lagi pulak dengan PKP dan segala yang sewaktu dengannya. Semoga bahagia sampai ke syurga.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah Fyqah dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke syurga, Dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki... AAmiin..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tahniah Sya, semoga bahagia till jannah :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...congrats dear. moga kekal bahagia hingga ke jannah. aamiin!

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !