MASALAH AIR DI KEDAH! SADA WHERE ARE YOU?

Assalamualaikum

MASALAH AIR DI KEDAH! SADA WHERE ARE YOU? | haih... hi!    belum apa apa dah mengeluh, tapi tulah. Rasa penat sungguh dengan hidup sekarang 😩 rindu kehidupan beberapa bulan lepas 😩😩 help!!!

MASALAH AIR DI KEDAH! SADA WHERE ARE YOU?

tak ingat dah bila last ada air time siang, sekarang malam je ada air tu pun terpaksa bangun 3 4 pagi sebab nak tadah air 😭 dulu rasanya masalah air ni dengar kat selangor je, tapi tak sangka masalah air kat kedah pun teruk!

semalam paling teruk bila takda air langsung yang turun! Fuh bangun pagi panas hati la kan, nak basuh muka guna air apa?!!! Terus call abang sada yang dah berpuluh kali saya call cakap rumah takda air tapi alasan dia seribu kali tekanan air rendah.... takda jalan penyelesaian, dah hampir 3 bulan dah 🤦🏾‍♂️

Pastu terus SADA hantar air kat rumah, tapi tetap tak puas. Yelah, nak kena angkut ke dalam bilik air pulak.. satu lagi penat 🤦🏾‍♂️ ye, banyak mengeluh sebab penat sangat! Teruk sangat air kat sini, sampai tah la taktahu dah nak buat apa!!!!

Jangan cakap saya tak report ye haha saya dah call segala SADA dah, wilayah utara la, jitra la semua dah call tapi macam biasa lah, takjadi apa pun 💆🏽‍♂️💆🏽‍♂️💆🏽‍♂️ 

Rindu nak masak macam dulu, buat popia la karipap la, ni takde air ingat rajin ke nak buat semua tu? Memang tak la 😭 semua makan beli je, yelah, air tadah ni kdg bukan elok sangat pun.. haih...

SADA please la... saya penat hidup macam ni, orang kampung pun dah complain tapi macam tulah. Duk suruh pasang pump air tapi rumah ada pump air lagilah takde air 🤦🏾‍♂️ Air takdak tapi bil tiap bulan sama ja berjalan 😡

Post a Comment

11 Comments

  1. Kes air takde ni selalu merasa time raya, balik kampung...
    Tapi nasib baik la dulu-dulu ada gak perigi....

    ReplyDelete
  2. sabarlah. cida kalau balik kampung, abg SADA pasti dapat call dari cida. isu air. suruhnya pakai pump air. jenuh pump tu nak sedut kalau memang air pelan. kesian mak ayah di kampung kena berjaga malam tadah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran sebelah pakai pam terus air tak jalan 😭💆🏽‍♂️

      Delete
  3. Hari hari tengok sha tweet, teruknyaaaaa setiap hari tak ada air. Kalau sekali sekala takpelah, ni sampai setiap hari. Teruk betul! Tak boleh bayang kalau kena macam ni, seksa ui tak ada air, nak berak kencing siang hari, tak boleh bayang hahaha :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk gila :( 2 hari ni takda air langsung siang malam 😭😭😭

      Delete
  4. masalah bekalan air ni memang memenatkan..
    air penting kot.. nk guna ari2.. bertabah jela.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa. Tambah skrang covid, mmg nak kena mandi kerap haih

      Delete
  5. Ya Allah.. mmg susah kalau x ada air.. elektrik pun tahan lagi.. smoga urusan pkah dipermudahkan..

    ReplyDelete
  6. uishhh selalu selangor je ada masalah kedah pun jangkit dah nohh :)

    ReplyDelete
  7. allahu..moga cepatlah selesai isu air ni

    ReplyDelete