Assalamualaikum

RESEPI SPAGETI CARBONARA BERSAMA AYAM POPCORN PEDAS | Hi! tengah fikir lagi ke nak makan apa untuk berbuka kejap lagi? haritu tekak teringin spageti carbonara tapi teringin jugak nak makan pedas, jadi saya gabungkan kedua duanya hehee

RESEPI SPAGETI CARBONARA BERSAMA AYAM POPCORN PEDAS

Bahan :

  • Spageti (rebus bersama minyak dan garam)o
  • Sos prego carbonara (guna tin kuning)
  • Lada hitam
  • Bawang putih seulas
  • Ayam popcorn KLFC (digoreng)
KLFC HOT & SPICY POPCORN CHICKEN


Cara - cara :

  • Panaskan minyak sikit je tauu, tumis bawang putih
  • Masukkan sos carbonara dan lada hitam
  • Masukkan spageti yang telah siap direbus
  • Masukkan ayam popcorn
  • Gaul sehingga sebati 
  • Dah siap!


Inilah hasilnya! tapi hari kedua buat spageti no, add on meatball sebab nak habiskan stok 😂saya lebih prefer guna angel hair berbanding yang classic tu hehehe. kalau dapat sepinggan ni pun dah cukup kenyang dah 😋😂 

resepi ni dibuat sebab buah hati saya nun jauh disana bising nak makan carbonara tapi nak pedas 🤣 susah eh orang nismilan, semua nak pedas hahaha! 

if tanya kenapa takbuat sos carbonara sendiri macam khairulaming? hahaha tak kuasa la saya 😂 nak makan sendiri je pun, beli yang tin terus boleh guna hehehe

ok bye!