Assalamualaikum

HAUL DARI MR DIY LAGI?! | Hi! sejak sejak ada mr diy yang dekat dengan rumah, kalau boleh hari hari nak pergi! cousin sampai bagitau, asyik tengok ja takbeli pun hahahaha


HAUL DARI MR DIY LAGI?!

Tadi selepas maghrib, keluar nak isi air. alang alang dah dekat dengan mr diy, singgah jelah kejap :p singgah kejap pastu terbelilah bebebebeberapa barang πŸ˜‚ nak tengok tak saya beli apa?


nampak macam takda apa sangat kan? tapi total lost hampir rm30 ok πŸ˜‚ aduhai padahal nak beli kertas pembalut hadiah je niat pergi tu. haa jom tengok satu per satu apa saya beli beserta sebab beli πŸ€ͺ

pembalut hadiah. beli sebab nak jadikan prop ambik gambar produk πŸ˜‚ murah je, segulung RM0.80-RM1

cleaning gel. dah banyak kali beli sebab nak ambik habuk kat karpet dalam bilik dan memang puas hati 😍 nak tengok before & after tak?? harga RM2++

cincin. dah kenapa tetiba beli? saya pun taktau, mungkin sebab murah tapi nampak cantik gila! oklah boleh jadi prop jugak. harga? RM2

storage box. beli sebab nak letak barang yang berterabur atas rak tepi tilam πŸ₯΄ kalau cat warna gold ni konfirm cun! harga? RM2

bekas kosong. ok niat hati nak buat kuih raya dan hantar kat buah hati di nismilan tapi rasa macam sayang pulak bekas cantik hahaha! harga? RM 2.03 kot

card book & sticker. beli sebab comel dan card book tu sbb nak tau apa sebenarnya dia, menyesai jugak la beliπŸ˜‚ sticker RM1.90 & card book RM4.03

facemask. belikan hadiah untk cousin sempena birthday dia semalam haha. comel je mask kat mrdiy ni tau! harga? RM2

tabung. ingat nak hadiahkan cousin tapi macam comel pulak πŸ˜‚ jadikan bekas syiling ke apa apa benda kecik untuk rak tepi tilam ok jugak ni. harga? rm2

pen. ni cousin yang beli untuk dia, tapi masuk bil saya hahaha jadi saya cerita jelah πŸ˜‚ kalau biasa sebatang rm1, ini 3 batang RM2++

lupa nak ambil gambar Downy hahaha, harga downy RM5.90 kalau tak salah. sebab apa beli? tah, dah jumpa beli jelah alang alang dah habis yang kat rumah πŸ˜‚

walaupun harga RM2 banyak tapi bila total hahaha πŸ˜‚ rasa seronok masuk mr diy tambah tambah bahagian stokin yang comel comel tu 😍 lepas ni apa apa hadiah cari situ jelah, nak cari orang aktif kat blog saya pulak lepas ni hehehe 🀍