Assalamualaikum

BULU MATA JADI LEBAT SEBAB GUNA BREW BY HAIRPOT?! | Hi! salam Ramadan ke 11! busy betul dengan real life sampai taksempat nak ngadap blog, terima kasih pada yang komen artikel saya, insyaAllah nanti saya balas kunjungan ya.

BULU MATA JADI LEBAT SEBAB GUNA BREW BY HAIRPOT?!

Ok harini nak cerita pasal satu produk yang dah lama saya guna. rasanya since lepas raya tahun lepas 😂 tapi sebelum cerita pasal produk ni, saya nak cerita dulu betapa gilanya saya nak ada bulu mata yang lebat dan panjang 😂

saya ni jenis yang kurang berbulu eh hahaha maksud saya kening nipis, nak ada taknak ada je kening pun, bulu mata apatah lagi! sebabkan geram tengok bulu mata kawan semua panjang, saya pun google la "cara panjangkan bulu mata". macam macam saya cuba termasuklah letak bawang putih punya air kat kening... sebaik tak buta ðŸĨī 

tapi yang saya cuba dan nampak hasil tapi sikit jelah adalah lidah buaya. sanggup pergi rumah kawan nak mintak lidah buaya, sekali mak dia bagi satu pasu 😂 tapi susah kan, nak kena itu ini haih. then mulalah misi mengumpul duit untuk beli Brew by Hairpot!

BULU MATA JADI LEBAT SEBAB GUNA BREW BY HAIRPOT?!


masa mula mula order tu, bila sampai memang impress sangat dengan packaging dia, datang dengan plastik hijau tapi taktahu la ada mana sekarang plastik tu hehe dapat kotak cantik pulak tu!


tengoklah bahagian dalam dia macam mana ðŸĨš bestkan bila beli barang dapat packaging lawa macam ni! siap ada thankyou card & details pasal produk lagi! korang mesti taksabar kan nak tengok rupa Brew tu hehehe




inilah rupa Brew tu! tapi ini packaging terbaru, yang first packaging punya saya takda hehehe. cantikkan bekas warna rosegold tu, simple je tapi nice sangat 😍 

Review Brew by Hairpot

biarlah gambar berbicara haha boleh macam tu? ha nampak tak perbezaan gambar ni? walaupun saya ambil masa yang lama nak dapatkan result ni, tapi serius puas hati 😍 sebab apa ambil masa lama? sebab saya tak konsisten! malas nak apply la apa la, then bila dah slow slow nampak bulu mata makin panjang, terus jadi rajin. 

nak apply brew ni taksusah pun, tapi tabiat saya jenis suka scroll phone before tidur then bila masuk je oil ni dekat mata memang lap hilang terus la 😅 so lepas saya dah penat sakitkan mata sendiri, bila betul nak tidur baru apply dan itulah hasilnya ✨

bukan je eyelash saya panjang, kening pun makin lebat tau ðŸĪŠ memang best sangat brew ni! berbaloi dengan harga dan hasil yang saya dapat ðŸĪ

if korang berminat, saya suggest korang cepat cepat beli sebab saya ada baca yang brew ni akan discontinued bila stock habis :(

so korang geng mana? memang terlahir bulu mata cantik ke or geng saya? bulu mata malas nak ada? hahaha! 


bye!