KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KALAM MUSLIM

Assalamualaikum

KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KALAM MUSLIM | Hi! okay sebenarnya dah lapuk sangat dah cerita gi kursus kahwin ni 😂 bukan cerita tahun lepas ye, dua tahun lepas! 

so dua tahun lepas, cousin nak menamatkan zaman bujang dia dan dia ajak gi kursus kahwin sekali dia. tapi masa tu saya masih diawang awangan lagi, walaupun memang in relationship tapi tak tergerak hati nak tamatkan zaman bujang lagi.

tapi macam biasa, saya ni kalau ajak ke bulan bintang pun saya ikut je. so daftarlah untuk join kursus pra perkahwinan ni, banyak juga survey tempat tapi yang ni paling ok la sebab makan free ðŸĪŠ senang je, daftar melalui whatsapp je then pada tarikh yang ditetapkan pergi kursus...

lepas tanda kehadiran dapat ni

29 Jun 2019 : kursus start pukul 8/8.30 tak ingat tapi masalah kitaorang ni taktau jalan hahaha maka keluarlah awal sebab nak tau tempat. alhamdulillah sampai awal, kalau tak burn la duit 😂 sebab memang dah diberitahu kalau lambat 30 minit dah takboleh masuk. 



masa gi kursus ni, lelaki diwajibkan pakai pakaian kemas dan perempuan berbaju kurung/jubah dan berstokin. tempat kursus pun selesa walaupun saya taksuka meja lipat tu 😂 banyak kali juga rehat & makan! hahaha 

para penceramah pun okay dan ada penceramah yang jenis suka tanya 😂 auto mata terbeliak, tak mengantuk sebab takut ditanya. mana taknya, kadang benda tahu benda dah hafal tapi bila ditanya terkejut tergempaq mesti tak ingat 😂

pergi kursus kahwin wajib dapat la buku ni kan?!

30 Jun 2019 : hari kedua & hari terakhir kursus. sebab dah tau jalan, hari kedua keluar lewat sikit dan sampai lewat sikit ðŸĪĢ perangai dari zaman sekolah takboleh ubah ey! tapi semuanya ok jelah, takdelah takboleh masuk. lambat 2 3 minit. yang lawaknya, masa dah habis kursus pastu pengacara majlis tu bagi satu kertas untuk jawab, siap suruh tulis nama apa semua.

soalan semua mudah je, rukun islam, nama nabi, sifat sifat Allah (siap nyanyi tau nak tulis jawapan) pastu last last sekali dia cakap "okay kertas tu simpan, balik sambung jawab kat rumah" 😂😂😂😂 kita cuak dah ingatkan takdapat sijil kalau taklepas jawab soalan soalan tu!!

seminggu selepas tu, dah boleh ambik sijil. dan sampai sekarang saya belum kahwin ðŸĪĢðŸĪĢ sijil kursus pra perkahwinan takda tarikh luput macam sijil muet kan? ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ

for me memang bestlah kursus kahwin kat sini, siap recommend kat kawan kawan lagi tau 😂 kawan dah kahwin pun ha!  3 orang kawan saya suruh pergi sini, dorang pun cakap best ✨✨ so kepada yang tinggal di Alor Setar, Jitra dan kawasan berdekatan bolehlah kalau nak kursus kahwin kat sini. insyaAllah korang pun akan puas hati hehe ✨✨


memandangkan sekarang ni PKP, boleh lah whtsapp dulu tanya macam mana ok? semoga dipermudahkan segala urusan ðŸĪ—ðŸĪ—


ps : kalau tanya harga kursus, saya tak ingat dah 😂 tapi rasanya rm80 atau rm100 😆😅

2 Comments