KULIT BERTAMBAH GLOWING LEPAS GUNA KIT CELLNIQUE GLOW GETTER!

 Assalamualaikum

KULIT BERTAMBAH GLOWING LEPAS GUNA KIT CELLNIQUE GLOW GETTER! | Hi korang! lama tak review skincare. sejak sejak PKP haritu sampailah sekarang memang malas gila nak kisah dengan muka. mana taknya, bila keluar kena pakai mask pastu kalau tempek banyak produk nanti dah jadi jerawat pulak. tapi bila tak jaga, muka jadi teruk 😓 sha pun apa lagi, memang cepat cepat la cari "produk" baru yang boleh elokkan balik muka ni.

yang sha perasan dengan muka sha ni, sejak sejak asyik pakai mask kan, muka sha jadi kusam. bila tengok depan macam mak kucing mati anak pun ada, kalau ambik gambar pun nampak macam lesu jeee, sebab tu jarang selfie sekarang...tapi ada berita baiknya, sha ada jumpa satu produk ni, sha dah guna dalam 7 hari macam tu, memang nampak gila lainnya muka sha! dah nampak licin sikit, open pores pun kurang nampak dan glowing! meh nak share dengan korang produk apa! benda baik kan harus dikongsi hehehe

CELLNIQUE GLOW GETTER!


Sha beli yang kit ni, which means in mini size la. biasalah baru nak try kan? kang kalau beli size besar tak sesuai dengan kulit rugi pula, tapi kalini sha menyesal pula, kalau grab yang real size terus mesti lagi best 😍 so, dalam set Glow Getter ni ada dua produk which is :

☼ Hydra Boost Ceramides First Essence

☼ MA 18

Hydra Boost Ceramides First Essence

Hydra Boost Ceramides First Essence ni kan, bila korang apply kat muka memang cepat betul menyerap ke kulit dan takkan buatkan korang rasa tak selesa sebab tekstur essence ni sangatlah ringan. Bila korang dah apply essence ni, korang akan dapat rasanya kulit korang segar je dan rasa di"protect". essence ni juga akan melembabkan kulit korang sepanjang hari! 

Apa yang membuatkan produk ni begitu wow? Disebabkan ingredients utama yang digunakan adalah Ceramides, chondrus crispus extract (NMF)

Bila nak guna essence ni? essence ni korang guna selepas toner pada siang dan malam.

Review : Apa yang sha perasan selama seminggu sha guna produk ni, memang kulit sha sentiasa lembab dan tak kering. Kalau hari yang sha pakai makeup pun, makeup jadi cantik ja, tak crack dan tahan lama. tapi bila takpakai makeup pun, muka nampak bersih je dan rasa macam takperlu pun nak tambah bedak ke apa :p nampak macam naturally glow!

MA 18 


MA 18 ni umpama treatment serum yang mana hanya perlu digunakan waktu malam. kiranya bila kita tengah tidur nyenyak tu, skincare ni tengah bekerja untuk buatkan kulit kita jadi cantik bila bangun pagi esok :p Function MA 18 ni adalah bagi mempercepatkan pembaharuan kulit dia seluruh muka dan juga membuatkan tona kulit kita sekata. Dengan adanya tambahan Ekstrak Centella Asiatica, Beta-Glucan dan Asid Hyaluronik dalam serum ini akan membuatkan kulit anda menjadi awet muda, lebih cerah dan berseri.

Bila nak guna MA 18 ni? Gunakan selepas Hydra Boost Ceramides First Essence, sapukan ke seluruh wajah dan leher. Digunakan untuk night routine sahaja.


Review : pernah dengar bangun tidur terus cantik? itulah yang sha rasa selama seminggu ni, bila bangun tidur je terus rasa wownya muka saya XD rasa macam boleh terus g shopping tau. memang bila korang guna serum ni, korang akan rasa yang kulit korang berubah sedikit demi sedikit. bila bangun tidur pun muka glowing je, rasa lembut! kadang kadang geram dengan kulit muka sendiri haha!

Sebelum Dan Selepas Guna Glow Getter


nampak tak perbezaan? tambah tambah kat bahagian pipi tu 😍 walaupun masih ada yang tertinggal tapi alhamdulillah dalam masa seminggu its getting better ❤❤

Nak Beli Kat Mana?

Korang boleh dapatkan Cellnique Glow Getter dengan harga RM38 (retail price : RM138) kalau korang beli melalui link ni 👉 Glow Getter

Customer Careline Number : 0129207735

Cellnique



Website : https://www.cellnique.my/
Facebook : Cellnique
Instagram : Cellnique

glow getter, lets glow together! 

4 Comments