Assalamualaikum

MUDAHNYA NAK BUAT TUNTUTAN KAT MYSALAM! | Hi! harini nak kongsikan betapa mudahnya nak buat tuntutan kat mysalam. ceritanya haritu pakcik sha masuk hospital, pastu makcik suruhlah sha buat tuntutan kat mysalam. ingatkan susah, alahai mudah jekkk


Apa itu mySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Ok mula mula sekali kena check dulu, layak ke kita untuk buat tuntutan kat mySalam ni? mudah ke, korang link ni ( https://www.mysalam.com.my/b40/info/) pastu masukkan nombor kad pengenalan dan klik "Semak" seperti dibawah :

Kalau macam pakcik sha, dia layak. so next step kena login masuk ke mySalam kita sendiri. tapi mana nak dapatkan password mySalam? 

password mySalam anda adalah 6 digit terakhir No. IC

disebabkan pakcik sha nak buat tuntutan hospitalisasi, jadi bawah ni langkah - langkahnya. kalau nak buat tuntutan penyakit kritikal lain pula tau.

Dibawah ni sha kongsikan sikit mengenai Tuntutan Hospotalisasi.

Tuntutan Hospitalisasi

Syarat-syarat:

👉🏽 Kemasukan ke Panel Hospital di Malaysia untuk perkhidmatan dan / atau rawatan perubatan yang diperlukan untuk sekurang-kurangnya satu malam.

👉🏽 Memperolehi satu salinan Surat Discaj yang lengkap dan ditandatangani oleh doktor atau pegawai perubatan apabila keluar dari hospital. 

Proses langkah demi langkah untuk mengemukakan Tuntutan Hospitalisasi:

1 Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)


2 Klik ikon "Tuntutan", kemudian ikon "Penyerahan Tuntutan". Skrol ke bawah laman dan klik ikon "Tuntutan Hospitalisasi".



3 Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang "Lampirkan" untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf, *.png atau *.jpeg

a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)



4 Klik butang "Hantar" untuk melengkapkan proses tuntutan.


Cara Semak Status 

Lepas beberapa hari submit tuntutan tu, sha pun semak la semula. carinya sama ja macam nak mohon, cuma bahagian penyerahan tuntutan tu ambik "Status Tuntutan"



alhamdulillah lulus 🤗 nanti duit ni akan dimasukkan ke akaun bank pemilik nama dan nombor kad pengenalan ni tau, takboleh masuk akaun orang lain 😆

mudah je sebenarnya nak mohon tuntutan ni, cuma pastikan surat korang discaj dari hospital tu dalam keadaan baik termasuklah cop doktor 😅 kalau kembang cop tu terkena air ke apa dah jadi satu hal nak kena gi cop semula.


Disebabkan wabak Covid 19 sekarang, kepada yang positif, bolehla mohon juga tuntutan hospitalisasi ni. caranya sama je 😊 semoga dapat memudahkan kepada siapa yang ingin membuat tuntutan.