Assalamualaikum

BELI TIKET FERI KE LANGKAWI SECARA ONLINE! | Hi! rindunya nak membebel kat sini tapi takda benda nak bebel :3 tadi beli tiket ke Langkawi, alang alang share jelah kat sini.


tanpa hendak membebel panjang, sha tunjukkan jelah cara nak beli tiket ni. korang boleh buat pembayaran tiket ni guna online banking, debit card, boost dan banyak lagi (maaf lupa nak screenshot) 😅

1. Login di laman web https://ticket.langkawiferryline.com tapi kalau belum sign up, sign up dulu ok?



2. kemudian pilih "Purchase ticket"


3. Pilih segala details yang diminta ; round trip or one way | dari mana ke mana | tarikh bila | berapa orang 

bila dah settle semua tu, check semula macam digambar ke tiga. check betul betul sebab tarikh takboleh pinda :')




4. Isi maklumat penumpang. maklumat yang diperlukan adalah nama penuh dan nombor kad pengenalan


5. settle isi semua dan semak apa yang patut. boleh buat pembayaran! boleh pilih yang mana memudahkan korang. kalau macam sha, memang online banking la menjadi pilihan 🤪

6. ok siap! dan korang akan dapat emel macam dibawah. kalau apa yang website ni cakap kena print tapi sha haritu masa nak gi print kat kaunter dorang ckp takpayah sebab guna scan tu je sekarang huhu



ok settle bab tiket! 


kalau tanya sha nak print ke tak tiket, better print kot 😅 kita taktahu kan apa nak jadi pada hari kejadian haha kot dapat yang penjaga pintu jenis garang ke apa. kalau dah print atleast selamat la. 

okie bye! 🌞❤