FIRST TIME BUAT NASI LEMAK DAN FAILED!


Assalamualaikum

FIRST TIME BUAT NASI LEMAK DAN FAILED! | Halo halo~ kita ni kalau takda benda nak cerita, tak muncullah kat blog hehehhee so pagi tadi bertungkus lumus masak nasi lemak sebab teringin nak buat.


sebenarnya dah beli pun bahan nak buat macam cili kering dengan ikan bilis tapi masalahnya lupa nak beli santan! hahahaha jadi pagi tadi gilah beli santan and then balik nak masak nasi santan tak cukup pulak -_-

tapi takpalah sebab sekarang ada kedai runcit dekat dengan rumah, suruh cousin gi belikan santan. ingatkan dah cukuplah dua kotak so masak jelah huhi. sampai sampai masak nasi tu macam biasa la masak sambal, rebus telur. 

seperti dalam resepi kena gaulkan nasi tadi masa dah hampir masak hahaha tapi dia takcakap minit ke berapa T.T tapi takpalah, nasi pun masak tapi MENTAH! terus macam huwaaa dah la masak banyak hahahaha 


at first gelabah juga la then tanya BF cemana nak buat, dia pun suggest la beberapa cara. then sha guna cara yang paling senang which is isi air dalam bekas kaca/tin then letak kat tengah tengah nasi dalam periuk tu then tekan cook lagi, sha ulang banyak kali juga la tadi.

lagi satu, sha ambik daun pisang then bersihkan then letak dalam periuk pastu cook lagi! HAHAHA tapi hasil dia wowww, bukak je penutup periuk terus bau nasi lemak daun pisang baqhang! bila dah settle semua, check nasi yayyyyy nasi dah ok! 


inilah rupa nasi lemak sha tadi hehehehhee walaupun nampak krik krik tapi adik sha tambah nasi dua kali okay :p sha ni sebab tengah control makan hahahaha tapi sekarang macam menyesal pulak makan sikit tadi. nasi lemak tadi dah habis pun sebab gi hantar kat makcik sikit then makcik cakap :


masa mula mula whatsapp makcik "nak nasi lemak dak? kaklong buat" then makcik cakap "pandai ka" hahahahahhaha pastu lepas gi hantar nilah whatsapp dia hantar :p 

sebagai penutupnya, walaupun gagal jangan giveup! memasak ni kena berani cuba kalau tak sampai bila bila pun takpandai yedok. oklah bye! hihikk




21 comments:

  1. Klau kak liez kalau nasi mentah, just renjis air pada nasi tu... takpe try and error..

    ReplyDelete
  2. kalau tak masak nasi tu dalam rice cooker, cuba letak periuk tu atas dapur gas guna api perlahan, saya pun selalu jadi macam ni bila masak nasi lemak..hehe

    takpe jangan give up, next time boleh try lagi :)

    ReplyDelete
  3. ada tips baru la boleh belajaq. Kalau buat nasi lemak susah jugak nak menjadi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, selalu baca juga yang orang cakap nasi lemak susah nak menjadi, sekali try memang tak mnjadi xD

      Delete
  4. aduiii sedap pulak ni dik oiii. tngok time mcm ni.hahha

    ReplyDelete
  5. resepi orang bagi jgn ikut sgt..kadang2 tu tak mnjadi sgt..baik kita olah sikit ikut sedap hati kita..insyaAllah..terbaik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah first try memang semua nak ikut resepi hehe

      Delete
  6. waalaikumussalam. teringat dulu kak buat tomyam dan fail untuk pertama kali. hahaha. rileks dik, ini semua ilmu. sangat mahal pengalaman untuk diri kita ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tomyam pun masih fail tapi tak kisah sangat sebab takberapa gemo makan tomyam xD

      Delete
  7. Sama la sha. Akak pun failed buat n.lemak penah buat beberapa kali tapi nasi lembik. Ate jenuh nk adjust. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha patutlah takramai orang jual nasi lemak yang betul nasi lemak kan xD

      Delete
  8. sep sikit Sha..
    Akak dulu pun memula tak berani.. Tapi try and error je..
    Masa memula masak terlebih santan.. kikiki.. Bila dah lama-lama, dah boleh agak dah santan dan airnya.. chayook! Chayook! sha..

    ReplyDelete

My Instagram