Assalamualaikum

FIRST TIME GUNA SERVIS PHOTOBOOK | Hi! ceritanya haritu takda kerja, maka kita perlulah mencari kerja. tengah scroll shopee nampak photobook murah~ pastu terus search photobook punya shop. baucer kat situ murah murah! pastu terus beli dan ciptakan sebuah photobook kekeke


biasalah gambar kat phone memang banyak la kan, nak padam sayang tapi takpadam storage penuh. tapi tak jugak sebab sekarang banyak je tempat yang boleh simpan macam google drive, mi cloud (xiaomi user) dan juga google photo! berbalik kepada cerita photobook, lepas beli baucer kat shopee nanti akan dapat kod baucer tu then boleh start susun susun gambar and so everrr haha


baucer yang sha beli kalini yang perlu guna website dan laptop, dan ada juga baucer yang hanya perlu download app kat phone. tapi pada sha kalau pakai website punya lagi best sebab puas uolls, kalau phone macam kecik aa gitu. 

photobook ni exc postage tau, dan korang boleh pilih nak postage yang mana. kalau yang paling cepat 1-3days tu mahei lah sikit which is RM15 dan sha ambik yang paling slow hahaha RM8. takpelah slow pun bukan nak buat mende pun, benda tak urgent kan. dannn 1 project kena bayar 1 kali pos, kalau masa tu nak order 3 project ha korang kira lah sendiri. yelah sebab dah murah kan baucer tu, kira macam bayar postage jela

GAMBAR MASA KE LANGKAWI

muka depan ; haritu rasa macam edit elok dah, sekali sampai love atas tu taknampak





boleh tambah sticker macam yang tulisan tu

bang kepala mana bang hahaha

ada layout juga!

muka belakang

sha rasa 1 buku ni boleh letak 100 gambar juga la sebab 40 muka surat! pastu kalau nak gambar kecik kecik boleh pilih layout yang banyak tu ha hehehe. harga pun rasanya kurang dari RM2! kualiti gambar? deboom! memang helok sangat. saiz? 6"x6" kecik juga la tapi ok jer, gambar masih jelas. nanti buat banyak banyak buku gini susun kat rak! cun

RANDOM PHOTOS




next! gambar ni kecik je gais. tapi mahal dari yang buku kat atas tu, RM2.50 untuk 50pcs kot tapi maybe sebab kertas yang digunakan tu keras dan memang kualiti elok la kan, rasanya ni saiz 2"x2". pastu bila dah cuci ni sha macam taktau nak buat mende dengan gambar gambar comel ni hahaha kalau nak gantung tu boleh tapi banyak sangat kan. so nak buat mende ehhh haha

ni first time sha guna servis photobook ni walaupun dah banyak kali duk pikir nak beli tapi kalini baru terbeli dan terbuat haha, so far memang puas hati dengan kualiti gambar dan semua. korang downloadlah app PHOTOBOOK MALAYSIA. kadang kadang boleh dapat free photobook , kadang dapat dengan harga 10sen lah! hahaha sapa nak bagi uiii, gambar cantik murah pula tu!