Assalamualaikum

REZEKI LIVE DI MEDIA SOSIAL DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU! | Hi! sekarang ni majlis perkahwinan dah tak kira masa kan? kalau dulu kalau cuti sekolah barulah diadakan majlis perkahwinan sebab masa tu lah sedara mara dapat bercuti, tapi sekarang tidak lagi. asal cuti je mesti ada kenduri kahwin! baru baru ada dengar seorang gadis bertuah dapat tajaan kahwin RM 500 Ribu! alhamdulillah rezeki dia dan suami



DAPAT TAJAAN KAHWIN RM 500 RIBU

Rezeki datang tanpa diduga, untung betul seorang gadis kecil comel bernama SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !!





Semasa perancangan awal, beliau hanya mahu adakan majlis perkahwinan secara kecil - kecilan sahaja tetapi siapa sangka setelah beliau memuat naik satu status di facebook mengenai majlis perkahwinannya, terus berdesup desup whatsapp dan call diterima daripada founder produk, pemilik kedai dan bermacam - macam lagi untuk menaja majlis perkahwinan beliau.



Hampir 100 syarikat yang berlainan jenis produk berminat untuk menaja majlis kahwin Siti. Paling menyentuh hati Siti adalah ada juga pemilik syarikat yang baru sahaja berjinak - jinak dalam perniagaan juga ingin menaja majlis perkahwinan Siti. 

Menurut Siti, beliau sangat terharu dan sebak dengan apa yang diperoleh ini, beliau tidak pernah menyangka majlis perkahwinan yang pada mulanya dirancang secara kecil - kecilan sahaja menjadi majlis perkahwinan yang luar biasa! inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun menjadi promoter/hos bagi jamumall.com yang menjual pelbagai jenis produk kosmetik , kesihatan, fesyen dan makanan telah membuahkan hasil.




Selama ini Siti mempromosikan produk - produk secara ikhlas, Siti juga banyak membantu produk yang tidak dikenali sehinggalah produk tersebut dikenali dan viral dikalangan pengguna. Disebabkan inilah ramai pengusaha produk yang menghargai jasa Siti sehinggakan mereka sanggup menaja pelbagai jenis barang bagi memeriahkan lagi majlis Siti! 😍



Antara founder yang menaja majlis Siti bukanlah calang - calang orang, wedding dress by Dila Jean Bridal, deco majlis dan pelamin dari wedding by emma dan selebriti ternama juga telah mendapatkan khdimat Siti Jamumall, antaranya Che Ta, Faizal FBI, Shuib & Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Saharul Ridzwan dan Lana Nordin.





Selain itu, terdapat 14 Top Sponsor yang terlibat dalam majlis perkahwinan Siti Jamumall ;-

1. Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/

2. Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal

3. Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official

4. Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

5. Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/

6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq

7. Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal

8. Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri

9. Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji

10. Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/

11. Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun

12. Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

13. Perfume dari Luxe Essencia Resources

14. Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort




Siti amatlah bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini dimana mendapat tajaan daripada nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin hinggalah pakej honeymoon!


**Tahniah kepada Siti dan pasangan, semoga perkahwinan ini diberkati oleh Allah dan diberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat