ANTIOXIDANT SERUM by SANNY & JOLEEN!


Assalamualaikum

ANTIOXIDANT SERUM by SANNY & JOLEEN! | Hi! harini nak cerita pasal skincare pulak. sha ni jenis kalau tau ada skincare baru kat pasaran memang selalu sangat rasa nak cuba. kalau ada bajet lebih memang beli la hahaha sampaikan koleksi skincare sha, cleanser 3, serum 2, night cream 2 dan banyak lagii! antara sebab beli ni sebab rasa macam perlu :p so baru baru ni ada try serum dari Sanny & Joleen dannnnnn hari hari memang pakai serum ni je sampai lupa ada serum lain hikhikk


SANNY & JOLEEN

Sanny & Joleen Lifestyle ditubuhkan pada tahun 2014 dengan menyediakan produk asas yang mudah dan berkualiti bagi memenuhi keperluan gaya hidup seseorang. Jenama ini bermula dengan beg tangan, diikuti oleh penjagaan kulit semulajadi.

ANTIOXIDANT SERUM

jarang - jarang tau sha pilih produk jenis antioxidant ni, tapi sejak sejak kulit sha makin kering disebabkan cuaca kat negeri sha ni panas gilerrr! mula mula tengok serum ni macam eh asal macam thick sangat tekstur serum ni? alaaa mesti lambat serap ke muka! ok jenis sha kalau pilih produk nak jenis yang cepat serap ke muka sebab sha ni suka bersiap lambat keh keh


Fungsi Serum Antioxidant

👯 pudarkan pigmentasi
👯 mengurangkan jerawat dan juga bekas jerawat
👯 memudarkan parut
👯 melembabkan kulit
👯 mengurangkan kesan sunburn
👯 mengurangkan stretch mark



Bahan yang digunakan dalam Serum Antioxidant

Aqua, Niacinamide, Glycerin, Aminomethyl Propanediol, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, 3-0 Ethyl Ascorbic Acid, Olea Europaea (Oilve) Fruit Oil, Lecithin, Tocotrienols, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate


Cara Penggunaan Serum Antioxidant

1. Titiskan beberapa titik serum ke muka 
2. Ratakan dan tunggu hingga serum meresap
3. Gunakan 2 kali sehari



REVIEW :

lepas sebulan guna serum ni, sha dapat rasakan kulit sha sentiasa lembab walaupun cuaca panas terik, selain itu muka sha pun dah kurang terbakar! bila guna serum ni, kulit pun rasa lebih anjal dan paling penting kulit pun lembut! lepas ni boleh la repeat order sebab dah selesa guna serum ni yayy!


GOOD NEWS ; GET 15%OFF WHEN YOU USE MY CODE "SHAFYQAH" - ONLY VALID WHEN YOU BUY ON THEIR WEBSITE! CODE VALID TILL 20 MAY 2019

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :-

Website :- https://sannyjoleen.com
Facebook :- sannyjoleen
Instagram :- @sannyjoleen



6 comments: