REVIEW : PEMBERSIH MUKA SAFI STRAWBERI LEMON & HABBATUS SAUDA


Assalamualaikum


REVIEW : PEMBERSIH MUKA SAFI STRAWBERI LEMON & HABBATUS SAUDA | Hi korang! sha macam takda benda dah nak cerita ha ha ha ha tak pasal makanan pasal produk, nak jugek cerita pasal pi jalan jalan macam orang lain tapi tu lah tu, takdapat lagi jalan jalannya. jadinya harini sha nak cerita pasal cleanser yang sha dah try dah habis pun~


PEMBERSIH MUKA SAFI STRAWBERI LEMON & HABBATUS SAUDA

Perempuan & skincare memang takleh pisah eh tipu je, sha yang takleh pisah dengan skincare hahaha! takboleh pisah satu hal, teringin nak mencuba satu hal. sebelum cerita pasal cleanser, nak cerita zaman dulu (macam dah tua sangat) haha, dulu masa duk asrama kan, pencuci muka paling femes fair & lovely kalau tak silap hahaha sha pulak takda duit weh nak beli, seminggu rm20 untuk makan ja. pastu apa lagi, guna pencuci muka kawan la hahaha kawan sampai naik meluat :p tu cerita dulu la, sekarang ni pantang nampak produk baru mesti nak try! so yang terbaru (takda la baru sangat, dah habis pun) adalah produk dari SAFI.

semua sedia maklum rasanya mengenai produk Safi ni, sapa je yang taktau kan? sekarang pulak Safi memang banyak sangat sangat keluarkan produk sampai tak terkejar sha nak beli! yang best pasal Safi ni adalah produk dia kebanyakkannya murah je, kiranya mampu milik.

bahagian depan produk

bahagian belakang produk

bahagian dalam produk


haritu, sha kehabisan cleanser sebab cleanser share dengan adik dan sepatutnya kalini dia yang beli sebab turn dia! tapi dia asyik lupa ja, menyampah iolls, jadi sha pun beli je lah yang murah murah. nampak packaging cleanser Safi yang ini nampak menarik gila sebab warna dia kan, pastu try bau peh wangi rasa nak makan kahkah! jadinya sha beli lah, yang kecik punya RM 5-6 gitu tak ingat. lagipun cleanser ni ada tulis "Mengawal Minyak" so sha rasa sesuai la dengan muka berminyak sha. jadinya sekarang sha nak share result selepas guna cleanser ni~


REVIEW : sorry but ni maybe kali terakhir sha beli cleanser ni huhu. walaupun harga okay kan tapi maybe tak sesuai dengan sha punya kulit. bila cuci muka pakai ni, kulit jadi kering gila! tapi sebaik i ada serum & moist yang superb! pastu sha baru perasan yang muka sha naik jerawat, ada kecik ada besar :( at first sha memang suka sangat sangat dengan bau dia sampaikan tu jadi sebab kenapa sha beli this cleanser tapi sha lupa yang wangian ni sebenarnya takbagus untuk muka~ 

Bau : ❤❤❤❤❤/5
Keupayaan membersih : ❤❤❤❤/5
Kelembapan : ❤/5
Harga : ❤❤❤❤❤/5
Repurchase : No




** this is not a sponsored post & all opinions are mine
*** this product maybe do not works at me & maybe works on you

20 comments:

  1. Wahhh nampak menarik sangat ni! Leh la sis try lak

    ReplyDelete
  2. bau dia mesti best gilosss! hehehe

    ReplyDelete
  3. Aien pun kalah dengan produk safi. Takut nak cuba lagi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sha pakai toner & moist dia ok :3 tu ingt cleanser pun ok

      Delete
  4. Mungkin fragrant tak sesuai dengan kulit sha. Next time boleh cari cleanser yang takde fragrant pulak 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa itulah tu sebab memang duk pakai yang takda fragrant pun, saja nak try yang wewangi pulak

      Delete
  5. Ni pencuci baru tu eh? Suka Safi sebab selalu kena je dengan kulit muka but this one belum try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah yang baru, wah bestnya! boleh la try yang ni

      Delete
  6. tgk nama produk pun dah terasa best

    ReplyDelete
  7. Baru tau ada cleanser yang ni. Tp kak ana stick pada yg skrg ni je sbb sesuai dgn muka.

    ReplyDelete
  8. mv kalau produk safi mmg tak serasi

    ReplyDelete
  9. first time tahu ada cleanser strawberry ni. Safi memang tak sesuai dengan kulit muka akak. Sekali je pernah pakai lepastu terus stop bila naik jerawat & berminyak

    ReplyDelete
  10. msti bau dia sedap sbb ada strawbery kan... akak pernah cuba produk safi dulu2 tp mmg tak kene ngn kulit akak... sampai skrg akak setia ngn 1 je jenama... dh 10lbh msh guna jenama yg sama lg

    ReplyDelete
  11. cleanser atau produk skincare ni mmg kena try & error, sha..k.fiezz pun sama dulu sebelum jupe yg serasi..asik beli & try je yg mana okey...kadang kita nak yg murah tapi tak sesuai plak..jadi bertabah je la tukar yg lain plak..tak nafi safi ni mmg murah,kategori mampu beli..tapi tue la tak semestinya sesuai plak dgn kita...

    ReplyDelete
  12. Hahahaha betul-betul mengawal minyak tu sampai jadi kering. :P Mai pun tak sesuai dengan safi... so far try Syahirah (ke Shahirah ntah), tapi memang ngam yang tu. harga pun murah.

    ReplyDelete
  13. Zumal kalau produk ada bau2 letak lak kat muka confirm rasa lemas

    ReplyDelete
  14. Suka juga guna produk skin care Safi ni satu ketika dulu. Seiring dengan peningkatan usia...bertukar juga pada yang lain tapi anak-anak masih guna lagi keluaran Safi.

    ReplyDelete
  15. menariknyaa. akak tak penah try lagi yg ni.. msti wangi .

    ReplyDelete