DRAMA : PUJAAN HATI KANDA TV3 (2018)


Assalamualaikum

DRAMA : PUJAAN HATI KANDA TV3 (2018) | Hi! selepas beremosi semalam dengan drama Seribu Rindu Episod Terakhir, harini bermulanya drama baru di slot Akasia iaitu PUJAAN HATI KANDA yang dibintangi oleh Remy Ishak & Mira Filzah~ Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan judul yang sama karya Aulia Iman terbitan Karyaseni.



JUDUL : Pujaan Hati Kanda
JUMLAH EPISOD :  episod 
TARIKH MULA TAYANGAN : 20 Disember 2018 
WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat, 7:00 malam 
PENGARAH : Eoon Shuhaini

OST : Pujaan Hati - Adira Shuhaimi

PELAKON DRAMA PUJAAN HATI KANDA : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon

SINOPSIS DRAMA PUJAAN HATI KANDA : Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahu Megat Danish @ Danny (Remy Ishak). Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

"Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru." - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai.

Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan gadis bernama Tiara (Mira Filzah). Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Jika dahulu dia digelar lelaki mata keranjang bergred A+, dikejar dan dipuja ramai gadis. Kini, pesonanya masih hebat. Dia kembali dikejar tiga gadis, Tiara, Nadine si calon isteri dan juga si gadis misteri.

Ketiga-tiganya punya karakter dan sikap yang berbeza. Namun ketiga-tiga juga punya alasan kuat untuk mengikat dirinya dengan ikatan perkahwinan. Hendak atau tidak, dia terpaksa memilih antara rasa simpati, tanggungjawab dan juga cinta.

Kini manakah menjadi keutamaan seorang lelaki yang kini sudah kembali ke pangkal jalan?



TONTON PUJAAN HATI KANDA ONLINE 
→ PUJAAN HATI KANDA FULL EPISOD ←

6 comments:

  1. Ohaaa~ habis dah seribu rindu. haha

    ReplyDelete
  2. Layan gak tadi, macam best..hehe..

    ReplyDelete
  3. Bolehlah layan drama ni plak! Hehe

    ReplyDelete
  4. dh tgk episod 1 smlm...tp tk brp berkenan ngan nadine tu...kata model muslimah..tp pakaian tk brp muslimah ..sure kena kecam nanti

    ReplyDelete
  5. Sinopsis semua best tapi waktu tayangan tu tak best..

    ReplyDelete