Assalamualaikum

CARA ISI BENAR NIKAH ONLINE SSPIM | Hi! harini nak cerita sikit pasal website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM). iyelah kan cuti sekolah dah dekat ni mesti mesti lah banyak orang nak bina masjid dan kita yang tak kahwin ni boleh la merasa nasi minyak dorang hehe! sebelum banyak lagi merepek, jom mulakan!


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

1.
Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
1.1 - Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

1.2 - Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;

1.3 - Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2.
Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3.
Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4.
Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5.
Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6.
Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7.
Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8.
Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.



APA YANG WAJIB ADA UNTUK ISI SSPIM?

💗 Kad pengenalan pemohon lelaki & perempuan (senang kalau ada kad pengenalan sebab nanti kena isi alamat ikut kad pengenalan)
💗 Maklumat pendidikan tertinggi pemohon lelaki & perempuan
💗 Maklumat tarikh masuk islam (bagi Mualaf)
💗 Status (Teruna/Dara/Janda/Duda)
💗 Jenis pekerjaan (swasta/kerajaan/sendiri/tak bekerja/pesara)
💗 Maklumat tempat tinggal pemohon lelaki & perempuan
💗 Email & no. tel
💗 Maklumat tempat kerja pemohon lelaki & perempuan (nama syarikat, alamat penuh tempat kerja, no phone pejabat)
💗 Daerah & kariah (nama masjid) pemohon lelaki dan perempuan
💗 Tarikh akad nikah 
💗 Tempat akad nikah (rumah/masjid/dewan)
💗 Alamat akad nikah (alamat penuh)
💗 Maklumat wali (nama, alamat, no ic)
💗 Surat cerai/kematian (jika duda/janda/balu)


1. BUKA WEBSITE SSPIM : http://www.sppim.gov.my/sppim/home

& ambil "PERMOHONAN BARU"

2. ISI MAKLUMAT PEMOHON LELAKI & PEREMPUAN



3. ISI MAKLUMAT KEBENARAN



4. ISI MAKLUMAT WALI


5. HANTAR


6. CETAK BORANG PERMOHONAN DAN HANTAR KE PEJABAT AGAMA BERDEKATAN

** kalau kedua dua pemohon dari negeri yang perlu isi SSPIM akan ada borang untuk kedua dua pemohon
** borang perlu dicetak dalam dua salinan - tak kisah berwarna mahupun hitam putih
** borang yang tak lengkap/tidak benar perlu diisi semula
** borang yang dicetak perlu disahkan oleh imam masjid
** bawa borang untuk mmbuat pemeriksaan kesihatan


sebenarnya senang je isi borang nikah online ni kalau semua maklumat yang diperlukan ada, rasanya tak lebih dari 20 minit pun. yang jadi lambatnya bila nak isi baru nak minta/cari maklumat huhu. walaupun masih belom berkahwin tapi sha rasa dah lebih 50 borang nikah online ni sha isi kahkahkah! bajet pro jap, so apa apa boleh tanya okay! :p


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.