Assalamualaikum

LaF WATER BOMB AMPOULE MEMANG DEBOMB! | Hi korang! harini sha nak share dengan satu produk ni dari LaF, actually produk ni memang dah lama ada wishlist sha, tapi bila nak beli je mesti tak terbeli disebabkan terbeli benda lain! and finally~ dapat jugak try Water Ampoule dari LaF ni. sha yakin korang mesti pernah dengar brand ni, tapi LaF tu apa? ha meh nak cerita

MENGENAI LaF



LaF merupakan singkatan bagi Lost (problem) and Found (solution). LaF merupakan jenama kosmetik inovatif dimana dapat menyelesaikan masalah kulit dengan cepat, inovatif dan selamat untuk kegunaan semua jenis kulit. Dan produk ni berasal dari Korea tau!

Produk daripada LaF lebih menumpukan tentang masalah pore dengan menggunakan tea tree oil. Pada masa sekarang, LaF mempunyai 3 rangkaian ampoule iaitu Water Bomb, WHitening dan Anti Wrinkle. Produk produk daripada LaF ini selamat dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.

LaF WATER BOMB AMPOULE


Siapa ada masalah kulit kering? LaF Water Bomb Ampoule ni lah penyelesaian untuk masalah korang! LaF Water Bomb Ampoule ini dicipta untuk memberi efek yang cepat dan pantas dalam memberi kelembapan pada kulit kita! Siapa je tak suka kulit muka dia lembab kan? 😎😎 Selain daripada memberi kelembapan pada kulit, ampoule ini juga dapat mencerahkan kulit beserta bertindak sebagai anti penuaan.




INGREDIENTS 



HOW TO USE 


Selepas membersihkan muka dan menggunakan toner, picitkan sejumlah ampoule dan sapukan pada muka dan dab dab kan ampoule tu di muka supaya membantu penyerapan yang baik! 

MY HONEST OPINION


sha suka ampoule ni! sebab apa suka? kat tempat sha, selalu sangat panas terik sampaikan kadang kadang kulit muka sha jadi kering sangat sangat sampaikan pedih pedih (even sha minum 3l plain water everyday) tapi lepas pakai ampoule LaF ni sha dah tak risau sangat sebab kulit sha akan sentiasa lembab, sampaikan seronok pegang muka sendiri sebab rasa gebu gitu ~ cuma sha rasa satu je tak kena dengan sha pasal produk ni, rasa nacan lambat menyerap dannnn selalu ampoule ni terkeluar masa nak tutup bottle :3 but that wont bother me to use this as my daily ampoule hihi

Kelembapan Kulit : 💖💖💖💖💖/5
Penyerapan : 💖💖/5
Bau : 💖💖💖💖💖/5
Harga : 💖💖💖💖/5


WHERE TO BUY?

Boleh dapatkan di Guardian berdekatan @ Belian online - Guardian MY
Harga : RM 47++
Kandungan : 30 ml


Untuk maklumat lanjut mengenai LaF boleh ikuti FB & IG dorang





** this is a sponsored post but all opinions are mine