DRAMA : MENCARI QIBLAT (TV3)


Assalamualaikum

DRAMA : MENCARI QIBLAT (TV3)



JUDUL : MENCARI QIBLAT 
JUMLAH EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2018 
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam 
SIARAN TV : Slot Zehra TV3 
PENGARAH : Rashid Sibir 
TERBITAN : Rashbir Media Sdn Bhd 


PELAKON UTAMA :
Aeril Zafrel

Pelakon Tambahan :
Didie Alias, Arash Mohd, Ameerul Asyraf, Syaiful Bahry, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Mathni Razak, Mona Allen, Adam Shahz, Mubarak Majid, Elisya Sandha, Zaharil Adzim, Fauziah Nawi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Ashraf Muslim, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Zarul Husin, Farahdhiya, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Khir Rahman, Zarina Zainuddin, Dato Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Serigar, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Zila Bakarin, Nadzmi Adhwa


SINOPSIS :

Mencari Qiblat berkisar mengenai Adam, seorang anak muda yang hidup dengan penuh kemewahan. Tetapi hidupnya  dalam penuh kegelapan. Kemalangan jalanraya telah meragut ibu dan ayah Adam.  Kematian mereka telah membuka ruang baru dalam hidup Adam. Maka Ustaz Malik yang menguruskan jenazah ayah dan ibu Adam memberitahu hanya tiga perkara yang menghubungkan antara dunia dan akhirat, iaitu ilmu yang dipergunakan, doa anak-anak yang soleh dan sedekah jariah semasa hayatnya.  Tetapi sebagai anak, Adam bukan anak yang soleh dan dia jugak tidak tahu erti kehehidupan sebenarnya. Atas nasihat Ustaz Malik, Adam mengambil keputusan mencari dunia barunya. Dia mahu memberikah sedekah kepada ibu dan bapanya kerana ibu dan bapanya terlalu sayangkan dia dan dia jugak terlalu sayangkan ibu dan bapanya. Dia mahu membalas jasa ibu dan bapanya dan mahu berbakti sebagai tanda memohon ampun dan maaf daripada kedua ibu dan bapanya. Dari satu siri ke satu siri akan diberikan kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan kepada penonton dan sekaligus memperlihatkan Adam dari seorang yang kosong mengenai agama akan mendapat sedikit demi sedikit kefahaman mengenai Islam dan jugak kehidupan selepas mati. Di akhir setiap episode barulah Adam akan lebih mengetahui Qiblatnya.

14 comments:

  1. ada tengok sikit tdi.. Mcm best..

    ReplyDelete
  2. mcm menarik tgk iklan. tp blm berkesempatan nak tengok..

    ReplyDelete
  3. tgk sikit je mlm td... lps tu da zzzz ;-)

    ReplyDelete
  4. Xsempat dh nk layan drama la ni. . Setakat pukul 7 tu ja. .

    ReplyDelete
  5. Best jugak cerita ni, baru je tengok tadi..

    ReplyDelete
  6. akak belum tengok lagi ni dik :D

    ReplyDelete
  7. waktu tayangan ni tak sesuai dgn aida, sha.
    time Ijat layan program dia.
    takkan dpt tukar channel punyer lah :)
    kena tgk time ulangan nanti.
    tv3 pun dah kerap ulang tayang drama, mcm astro h aha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Tak tngok lgi sha citernya. tak sempat huu T.T

    ReplyDelete
  9. x tngok lg yg ni.. nnti nak try tngok la. hehe

    ReplyDelete
  10. first episod tak tengok. tapi start episod dua ke tiga dah start tengok. best sebab islamik yang tebal. buat kita rasa macam nak buat macam dia buat kalau mampu. dan cuba untuk mampu.

    ReplyDelete