MENYESAL MAKAN DI FALAH WESTERN FOOD!


Assalamualaikum

MENYESAL MAKAN DI FALAH WESTERN FOOD! | Hi korang! sabtu lepas sha kena teman cousin sha hantar kawan dia ke stesen bas, shahab perdana. jadinya sha dengan malasnya (sebab baru balik kerja) pun siap siap lah pastu lepas isyak kitaorang gerak. lepas gi isi minyak apa semua baru gi ambik kawan cousin tu, time tu dah 9.30 lebih dah. dalam 10.30 dah settle semua, naik bas pukul11 so kitaorang balikla tak tunggu pun. since dua dua tengah lapar teruk, sha adalah tanya kawan sha mana yang sedap restoran western kat Alor Setar, dia suggest FALAH WESTERN FOOD ni sebab baru beberapa hari lepas dia ada datang.

FALAH WESTERN FOOD

Kedai ni tepi jalan je, kerusi meja semua atas jalan pastu ada stall stall sekeliling dia. mula mula baca nama dia kat google map, terus nak makan chicken chop pastu bila dah sampai, dah dapat menu rupanya banyak gila menu dia!!!

MENU DI FALAH WESTERN FOOD

tapi disebabkan niat nak makan western makanya memang order makanan western lah. sha order satu, cousin order satu lepas tu selak muka lain ada nasi arab kambing! omaigad omaigad! terus nak nak nak! sebab sha duk terfikir nak g langkawi je ni nak makan nasi arab kambing tu T_T 

UNTUK DUA ORANG MAKAN

CHICKEN GRILL MADU - RM 11.90

CHICKEN CHOP - RM 4.90

NASI ARAB KAMBING - RM 14

Apa yang menyesalnya? menyesal sebab makan di Falah Western Food ni buat selera sha bertambah tambah tau! sha sebenarnya takpernah tau ada tempat ni! hahaha tbh, sha walaupun orang kedah, orang alor setar tapi setiap kali nak makan kat luar kena google T_T sebab selalu keluar dnegan kawan memang makan kat mall ja, kalau dengan cousin ja selalu makan luar tapi masalah dia sekarang jarang keluar! hahahahaha. dapat je semua makanan ni, mula mula try nasi arab dulu (share) pastu baru makan makanan masing masing, memang sumpah kenyang gila!

REVIEW FALAH WESTERN FOOD : service laju gila! taksampai 5 minit makanan dah sampai. tempat selesa walaupun tepi jalan je. pekerja semua okay, tempat pun bersih. overall memang oklah!

REVIEW CHICKEN CHOP : for me okaylah sebab dengan harga RM 4.90 korang boleh dapat chicken chop banyak gitu. cuma sha lebih suka kalau sos blackpaper tu tak disiram atas ayam sebab sha taksuka sangat sos tu, tapi dah dibuat mcm tu apalagi, makan jelah. rate 4/5

REVIEW NASI ARAB KAMBING : mula mula sekali sha rasa kambing dia pehhhh! serious sedap kemain, dengan lembutnya senang nak carik carikkan! ya ampunnnnn kenapa kenapa kenapa! dan yang sha suka lagi, dia punya rasa tu macam tak strong sangat. sha suka yang ni! bayangkan nasi dia boleh share dua orang dan masih kenyang okay? :p rate 4.9/5

insyaAllah nanti ada masa nak gi makan lagi. hehehehehehe 

Alamat : Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah 
(korang boleh google, Falah Western Food nanti dia bawak korang ke situ okay :p)









14 comments:

  1. Ingatkan menyesal sebab tidak sedap, murah betul harga dia

    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/08/what-to-see-do-eat-best-activities-in.html

    ReplyDelete
  2. Akak bookmark siap.. Nanti boleh pergi je.. kikiki

    ReplyDelete
  3. Banyak nya makanan dia...sedapppnya..fish and chips rabia tak pernah makan lagi.setakat ni baru makan chicken chop..

    ReplyDelete
  4. Baru nak tanya kat mana...apesal jauh sangattttttttt

    ReplyDelete
  5. terbaek. memang sedap ni. hehe

    ReplyDelete
  6. hahaha tajuk kemain ha menyesal >.< sedapnya! tapi jauh la pulak. masa dok penang dulu pernah makan dekat big mouth -- alor staq. ce la try. sodap ")

    ReplyDelete
  7. Omg chicken chop rm4.90 jer. Boleh try ni

    ReplyDelete
  8. 4.90 chicken chop.. Seriusly.. Why kat kedah.. Jauh benor...

    ReplyDelete
  9. Sebalum baca ingatkan menyesal sebab servis tak elok or makanan tak sedap. Hahaha. Nice one! :D

    ReplyDelete
  10. eh dkt alor setar? kenapa tak tau pun. haha. nama ja org kedah. byk tempat makan belum explore. tq piqah sharing. nnti nk try p la. hehe

    ReplyDelete
  11. waa....nnt leh masuk dlm list klau g alor setaq lagi..
    rindunya nak balik aloq setaq..

    ReplyDelete
  12. adoiii terliur den nengok nasi arab kambing tuhhhh! waduh waduhhhh nampak sodapp

    ReplyDelete
  13. Malam mlm cmni tgk gambar makanan, mau tak lapar. haruslah lapar! haha. mana mau cari ciken chop ni haha

    ReplyDelete