MY SKINCARE [ GARNIER + AIKEN + NANO WHITE + KLAIRS ]


Assalamualaikum

MY SKINCARE  | sedar tak sedar tinggal sebulan lebih je lagi kita dalam tahun 2017 kan? banyak jugak lah duka dari suka dalam tahun 2017 ni haha tapi hidup mesti diteruskan caiyok caiyok! dalam tahun 2017, beberapa kali jugaklah kulit muka sha buat hal. siapa yang tak stress kan kalau kulit sendiri teruk, level confident sah sah lah menurun. tapi sha seorang yang gigih nak elokkan semula muka sha sampai ada orang puji/tegur muka dah makin okay [BACA SINI]. disebabkan ada yang nak tau sha guna skincare apa, so meh sha share!

Sebelum apa apa sha nak bagitau yang kesan terhadap kulit muka kita taksama hehe maybe sesuai dengan sha tapi bukan dengan korang. 



Cleanser ; Garnier 12in1 Pure Active Anti-Acne White - cerita dia sha nak cari yang garnier matcha tapi ternampak yang ni, terus beli alhamdulillah sesuai dengan muka! hehe

Toner ; Nano White Refining Treatment Toner - sebelum ni sha ada jugak tukar another brand punya toner sebab this toner mahal jugaklah sebotol rm20 (HAHAHA DAPAT SNACK PLATE KAT KFC KOT) tapi dah tukar takbest toner tu, best yang nano white ni jugak.

Moisturizer : Aiken Spot Away Daily Moisturising Lotion - THE BEST MOISTURIZER EVER! sha memang susah nak jumpa moisturizer yang sesuai dengan muka sha sebab muka sha jenis berminyak so kena cari yang ringan or water based. tapi yang ni memang terbaikkk

Day Cream : Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Day Cream - ok. sha takpernah tukar mana mana day cream since sha guna ganier ni, serious. day cream sakura ni best gila! kalau korang tengah cari day cream, sha cadangkan beli yang ni ehee!

Sunscreen : Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion - sebelum ni sha ada guna sunscreen from another brand tapi nampak muka terbakar jugak padahal sha duk dalam tempat kerja je hari hari, jaranglah nak kena matahari. so sha guna brand klairs ni tak sangka pulak best, nanti nak beli semula sebab dah tinggal sikit :< [ REVIEW KLAIRS MID-DAY BLUE SUN LOTION ]

Night Cream : Garnier Multi Action Whitening Serum Cream - ok gais, ni bukan sponsor post dari garnier tapi sha memang suka guna garnier hahaha. night cream dia ringan gila! bangun pagi konfirm muka licin je hahaha already use it about a year

Makeup Remover : Garnier Micellar Cleansing Water - before this im using the blue one tapi takbest haha so sha tukar to the pink one memang ok dengan muka sha.

Scrub : ohyeah, before this sha guna yang garnier 3 in 1 tu tapi tak sesuai dengan muka so sekarang sha guna greentea teabag je hahaha. ada setengah orang cakap terlalu kasar greentea tu tapi pada sha okay je haha. so setiap malam before tidur sha memang akan minum greentea boh, dia punya serbuk teh tu sha guna buat scrub. or kalau rajin banyak sha akan buat scrub kopi using kopi + brown sugar + olive oil.

Mask : random mask - sha takpernah stuck with one mask haha serious. sha memang akan suka one mask tapi sha lebih suka nak tukar tukar mask, nak try semua lah cerita dia.

Another routine ; pakai bedak nyonya bila rasa perlu - time jerawat besar besar, minum greentea secawan before tidur, minum air kosong 3L [BACA SINI], jaga permakanan dan harus rajin bukan hangat hangat tahi ayam haha.

Also Read :
SAPIKAH & GARNIER
REVIEW GARNIER PUREACTIVE MATCHA DE-TOX
SEP CANOLA HONEY NOURISHING MASK

sha bukan ambik masa 3 hari tau nak nampak perubahan haha tapi takdelah makan masa bertahun dalam sebulan dua memang dah ok alhamdulillah, kena rajin dan sabar je okay?

10 comments:

  1. Singgah sini, banyaknya skincare diaa.. akak pun guna scrub hampas teh jerr sha ..tu jer yg masuk hii, jimat pon jimatt

    ReplyDelete
  2. nak nampak kesan memang makan masa. kalau yg pakai sehari dua dh nampak kesan tu kena jaga2 sikit. takut bahan yg digunakan berbahaya kan.

    ReplyDelete
  3. Wah hebatnya koleksi Skincare you. Sangat teliti dgn setiap kegunaannya

    ReplyDelete
  4. wah banyaknya skincare. tapi itulah nak cantik kena ada effort dan duit. kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  5. hato- hati dengan kandungan bahan..sekarang ni macam - macam kan...bestnya..akak suka la face mask...seminggu mesti guna 2 kali...

    ReplyDelete
  6. Banyaknya skincare produk dia. Tapi memang kena jaga dengan rapi kan. Bedak nyonya tu legend.

    ReplyDelete
  7. samalah toner kita : Toner ; Nano White Refining Treatment Toner. Manakala mask pun akk random pakai juga

    ReplyDelete
  8. Amboii banyaknya skincare dia. Minum banyak air masak pun bagus untuk kulit. :)

    ReplyDelete