REVIEW KFC SPICY SAWADEE CRUNCH


Assalamualaikum!

pagi pagi dah badmood dah, haha bukak mascara nak pakai, tengok tengok patah! nak marah kat orang lain takboleh la sebab sha je guna mascara tu padahal baru je pakai semalam huwa. pastu sampai je tempat kerja, banyak pulak kerja ha sekarang pukul 12 baru free, oh sha kerja harini (kesian)😂 btw happy deepavali! selamat bercuti untuk siapa yang bercuti harini, luangkan masa bersama keluarga yang tersayang okay? ❤

okay sebenarnya nak cerita pasal ; 16 Okt 2017. semuanya bermula (beberapa sebelum hari kejadian) sha ternampak iklan dari KFC, KFC ada keluarkan perisa baru (eh perisa ke😂) so sha terus teringin nak try sebab macam sedap je. so sha pun tunggulah kawan sha balik untuk cuti midsem dan sebelum tu sha ada buat vote kat twitter 😂


motif sha buat vote ni sebab sha nak tau sedap ke tak sebab ada kawan cakap takberapa sedap huhu tapi walaupun jawapannya begitu ku tetap ingin mencubanya! hahaha so sha ajak lah kawan sha gi makan KFC untuk lunch. kemain kau lunch makan KFC 😂 



kitaorang keluar makan bertiga, sha, nzirah dan anak sedara nzirah. tapi saja je ambik gambar macam makan berdua haha. sha order set spicy sawadee crunch : ayam spicy sawadee crunch 2 ketul, coleslaw, whipped potato dan ice lemon tea (gambar seperti dibawah) while nzirah dan anak sedara dia, ikhwan order snack plate dan kitaorang tambah chezzy wedges satu.



so inilah SPICY SAWADEE CRUNCH yang sha nak try sangat tu. ok my first impression, macam wow nampak macam pedas je (ye memang pedas), lepas tu cubit, makan untuk kali pertama dan mungkin terakhir, lepas tu rasa menyesal. sekarang sha nak cerita pasal ayam ni jelah kan, rasa ayam ni pedas, masam masam sikit tapi dia macam terlalu banyak serbuk perasa. tapi rasanya kalau awak seorang peminat tomyam dan makanan thailand oklah kot sebab sha mcm kureng sikit kalau tomyam ni. kiranya betullah yang orang vote kat atas tu bgtau haha sha bagi 1.5/5 bintang je? hahaha sha suka yang prev punya set, yang ada cheese tu. 

lepas settle makan apa semua, dah kenyang kan, nzirah nak beli bawak balik coleslow dan potato tu so sha ambiklah kesempatan beli benda kat bawah ni, sha tak ingat nama dia haha panggil cheezy ball boleh tak? haha! disebabkan ketidakpuasan hati dengan ayam dia, sha ubatilah dengan makan benda yang berchesseeee sebab i like cheese so much haha. ok gais setelah di check di lama web KFC, benda bawah ni nama dia ; Chewy Cheese Sour Cream & Onion, harga dia 5 ketul RM6.90!


rasa bahagia sangat dapat makan benda ber-cheese hahaha tapi sha kenyang gila masa balik dari rehat tu tapi kalau tak makan time panas nanti taksedap, so rasalah 2 ketul dulu, yang lagi 3 ketul simpan kejap dalam sejam makan kan, rasa macam makan cekodok je T.T haha


nampak tak bertali cheese heh terliur pulak tulis entry ni. korang dah try belum spicy sawadee crunch? sedap tak? ke kat mulut sha je taksedap benda ni? haha T,T selamat bercuti semua! bye ❤

27 comments:

  1. Still original dan hot and spicy yg sedap... yg lain dtg la apa pun mmg xleh lawan

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan Sha, KFC kalau ada keluaran baharu mesti sis tak pernah miss untuk cuba.. Tapi untuk Sawadee ni masih belum berkesempatan, in shaa Allah akan cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe samalah! trylah sis mana tau sedap dimulut sis hehe

      Delete
  3. anis tak rasa lagi tapi tgk iklan tak terangsang pun taste bud nak makan ayam tu :O

    ReplyDelete
  4. yang normal punya ayam spicy jugak yang sedap kan hahaa

    erin | erinazmir

    ReplyDelete
  5. Rasanya dulu KFC dah buat flavour ini. Memang tak suka sangat sebab ada rasa masam lepas tuh serbuk dia macam byk sgt kan. aritu nak beli tp tak jadi..ehehe

    ReplyDelete
  6. owh...nasib baik lom beli lagi...lebih suka hot n spicy...yummy...sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  7. hot & spicy chicken tetap di hati hehe

    ReplyDelete
  8. hmm nampaknya kena makan yang spicy biasa je lee hahaa

    ReplyDelete
  9. Kfc buat perisa mcm2 still yg asal jugak orang suka 😁

    ReplyDelete
  10. Sedap ker rasa KFC sawadee ni pedas tak kita tak pernah cuba lagi hehehe tapi macam pernah ada sebelum ni ayam macam ni...

    ReplyDelete
  11. Cheweey cheese tu memang sedap.. ayam tak try.. hehehe

    ReplyDelete
  12. sedap eh....boleh la cuba nanti next week...dania suka ni...

    ReplyDelete
  13. Dah try sawadee tu. Tak larat nak makan sampai habis,nasib ada adik sorang tukang perabis. Baru first bite rasa macam sangkut kat tekak,pedas nak gila. Lagi prefer ayam hot n spicy biasa tu

    ReplyDelete
  14. I love to eat crunchy food. Will definitely try this out.

    ReplyDelete
  15. Belum sempat cuba. Biasanya memang suka yang biasa je. Kalau yang promotion ni rasa macam kurenggg. Tak taula tekak orang lain kan. Hehe

    ReplyDelete
  16. Saya jika makan kat kFC mesti nak cari yang Original je... mcm2 perisa skg ni tpi Ori terap di hati...

    ReplyDelete
  17. Dah try kelmarin spicy sawadee crunch. Boleh tahan pedas jugak lah. Rasa pon biasa jer. Lagi suka ayam KFC yang original ☺

    ReplyDelete
  18. i rasa tak sedap jugak! still prefer yang spicy punya! :D

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  19. alahai....ada jugak balik keje ni singgah jap..terliur dah masa baca ni..

    ReplyDelete
  20. macam nak try jugak lah.. betul ke rasa dia tak seindah iklan ? haa gitu...

    ReplyDelete
  21. Tak sempat nak cuba lagi ayam baru KFC ni. Macam menarik.

    ReplyDelete
  22. tak taw pon ada menu sawadee ni, ingat mcd je ada. cheese tu macam best. nanti nak try la. hehehe

    ReplyDelete
  23. Sedap ehh...adik.lelaki saya cakap pedas dan sedap gila

    ReplyDelete
  24. Belum sempat mencuba lagi menu terkini KFC, nampak seperti bersaing dengan McD yang juga mengetengahkan menu baharu. Macam sedap je.

    ReplyDelete