CARA MEMBUAT HOMEMADE POPCORN CARAMEL


Assalamualaikum.

Semalam masa balik kerja, cousin sha cakap jom malam ni kita buat popcorn, semalam abang dia ada beli biji jagung kat mydin kot taksalah. 1kg = RM8 tapi dia ambik 500g+ = RM4++. lepas tu sha okaykan je lah sebab dia yang nak buat, sha macam tolong sikit sikit je. cousin sha ni lelaki tau tapi bab masak pro gila haha. lepas maghrib je terus start buat. kitaorang buat popcorn ni dalam pemanggang ajaib je haha, meh sha nak share resepi buat popcorn mudah, simple dan sedap haha! 

Bahan (untuk popcorn)  :-

1. Minyak masak
2. Butter (kitaorang guna jenama planta)
3. Biji jagung

Bahan (untuk caramel) ;-

1. Gula
2. Air
3. Butter

[sukatan untuk kesemua ni main campak je :') biasalah dia kan pro mana ada nak sukat sukat haha!]

Cara membuat popcorn ;-



1. masukkan minyak dan butter dan kacau sehingga butter cair, gunakan api sederhana 
2. masukkan biji jagung dan sekatakan biji jagung dengan minyak + butter tadi, kalau tak nanti setengah rasa lain setengah rasa lain haha
3. tutup pemanggang ajaib tu (kalau tak nanti jadi macam cerita pingu)
4. tunggu popcorn pop pop haha
5. DONE!

Cara membuat caramel ;-



1. (guna pemanggang ajaib) masukkan gula dan air, biarkan sampai mendidih
2. tutup api
3. masukkan butter dan kacau sehingga cair 
4. DONE!

Last step adalah ambik popcorn dan gaulkan dengan caramel tu dan SEDIA untuk dinikmati.

Ok for the first try kan, popcorn tu okay je tapi sha tak sangka yang cepat gila biji jagung tu pop pop haha tapi yang caramel tu haha first try hangus terus. nenek sha bising dah sebab guna gula kan, bazir katanya hehe lepas tu yang second time buat tu menjadi elok hehehe dah habis gaul apa semua, tadaaaa


kalau korang nak tengok dengan lebih jelas cara buat popcorn ni boleh tengok video ni → CARA MEMBUAT POPCORN. maaf gambar kurang jelas dan tak berkualiti, selamat mencuba!


8 comments:

  1. Good try Sha.. First time memang ada tak kena tapi cuba lagi. Akhirnya nampak hasil menjadi. Congrats!

    Penangan entri Sha ni, Sis terasa nak buat jugalah.. 😉

    ReplyDelete
  2. i like popcorn. tapi tak pernah buat lagi fyqa.
    dok beli jer kat panggung wayang :) ha ha ha feveret anak2.

    ReplyDelete
  3. wow senang je rupanya nak buat. Nanti nak try lah

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas informasinya, dan jangan lupa kunjungi kami di http://aromaessen.com

    ReplyDelete
  5. Rajinnya Sha.. akak beli je.. hehehe..

    ReplyDelete