Assalamualaikum

MUDAHNYA NAK MAKAN SPAGHETTI BILA ADA MASTER PASTO INSTANT SPAGHETTI! | Hi korang! takhabis lagi tu bercerita pasal makan/minum hihikk. ok harini sha nak cerita pasal antara makanan fav sha la pasta pasta ni :p tapi selalu memang malas nau nak buat sendiri, yela mana taknya nak makan sorang je malas la nak buat bebanyak hahaha sebaik ada instant spaghetti dari Master Pasto ni!!!!!


MENGENAI MASTER PASTO

MASTER PASTO adalah sebuah kedai dalam talian yang menjual pasta siap sedia. Lioco Food SDN BHD telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang, Malaysia dan syarikat ini telah berkembang dari hari ke hari. Master Pasto berusaha untuk menjadi salah satu pengeluar utama dan terbaik yang sedia ada dalam pasaran semasa. Master Pasto menawarkan kualiti terbaik makanan siap sedia di pasaran dalam talian yang anda tidak dapat mencari.

kenapa perlu pilih Master Pasto?

Kawalan kualiti
Master Pasto sentiasa memberi fokus utama terhadap kualiti produk. Master Pasto akan memastikan bahawa pelanggan mendapat kualiti terbaik dari mereka dan mereka juga memberi perkhidmatan kepada setiap pelanggan sebagai V.I.P.


Khidmat Pelanggan yang Mesra
Master Pasto akan memastikan setiap pelanggan mereka berasa selesa sepanjang berurusan dengan mereka.

APA YANG BEST PASAL INSTANT SPAGHETTI NI?

-Hanya perlu dipanaskan & makan!
-Tidak perlu simpan didalam peti ais
-Tidak ada Pengawet
-Tidak ada MSG
- Produk Halal keluaran Malaysia

MASTER PASTO INSTANT SPAGHETTI


spaghetti instant? first time dengar or dah pernah jumpa sebelum ni? ni spaghetti ok bukan mee segera :p kalau sha, ni first time dengar ada spaghetti segera. seronok gila bila tau benda ni wujud kat Malaysia ni! mana taknya bila duduk bujang, makan bujang kalau boleh semua benda nak yang instant tapi nak nampak mewah githew :p produk keluaran Lioco Food Industries Sdn. Bhd. ni ada tiga jenis iaitu :-

🍝 Spaghetti Mushroom Cream Sauce
🍝 Spaghetti Bolognese with Chicken
🍝 Spaghetti Aglio Olio with Chicken


🍝 Spaghetti Mushroom Cream Sauce


antara ketiga tiga spaghetti ni, yang ni paling fav dan masuk tekak sha! rasa macam tak cukup sebungkus makan bolognese ni, cukup rasa semua dengan ayam dalam tu pun banyak gila! setiap suapan mesti ada ayam tau. walaupun ni first time try buat instant spaghetti tapi memang masak dengan sempurna gitu~


🍝 Spaghetti Mushroom Cream Sauce


untuk spaghetti yang ni pulak sangat sesuai untuk anak anak yang suka kan pasta, takpedas dan lemak berkrim! memang sedap gila lah, ditambah dengan ada cendawan butang pulak memang laju je makan, slurrrp slurrrp terus habis. 


🍝 Spaghetti Aglio Olio with Chicken


yang ini pulak taksempat ambik gambar dah makan T.T sebaik tadi sesaja record video nak makan ada jugak la gambar hahaha ._. yang ini sesuai untuk orang yang sukakan pedas, takdalah pedas tahap cili padi tapi pedaslah dari yang lagi dua, suka yang ni sebab ada ayam banyak cuma sedikit berminyak huhu!

CARA PENYEDIAAN 


REVIEW :-

takpandai nak pakai chopstik tapi nak jugak guna :p


first of all, thankyou sebab wujudkan benda yang mudah macam ni! kadang kadang tekak terasa nak makan spageti tapi sebab sebab tertentu terkuburlah keinginan tu. bila ada yang jenis panaskan ni, senanglah bila nak makan panaskan, bila teringin boleh gi dapur dan buat. dah la 3 minit je dah siap haaa sambil sambil scroll ig dah boleh siapkan spageti uolls. sha memang bagi 5 bintang la kat produk ni, even jenis panaskan tapi tak kurang sikit pun rasa dia. harap harap pasni boleh tambah menu baru :p macaroni pulak keee hehehehe



UNTUK MAKLUMAT LANJUT :-

Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco