SEKARANG MUSIM ORANG TAK SIHAT KAN?

Assalamualaikum

SEKARANG MUSIM ORANG TAK SIHAT KAN? | Hi! Korang sihat? Saya baru je dalam proses nak sihat huhu tetiba hari khamis haritu bangun tidur terus muntah muntah 🥲 bukan pregnant wak tapi doktor cakap gastrik takpun keracunan makanan


SEKARANG MUSIM ORANG TAK SIHAT KAN?

Gastrik? Serious la? Saya ni tak makan time tidur je lain lain waktu asyik nak makan je 😂 rupanya makan tak ikut time pun boleh kena gastrik ye 🫠 barulah tahu

Memang minggu lepas banyak lari time makan, tah apa yang disibukkan sampai takmakan tah tapi tulah kan, benda kalau jaga tapi nak sakit sakit juga tapi lepas ni memang nak jaga makan takmau dah rasa ni, penat 😭


Saya bukan je muntah muntah tapi pakej sekali cerry berry, bila gi klinik check tak demam tapi rasa panas sangat kat dalam haha pelik kan? Pastu lepas makan ubat tu mmg panas gila badan saya sampai suami tegur tilam panas 😂 semalam, takde dab muntah tapi cerry berry ada lagi dan pening berpusing je kepala ni

Harini alhamdulillah macam dah ok, dah start berpeluh balik, alhamdulillah 🥹🥹 kita ni selagi tak sakit selagi tulah kan tak jaga kesihatan elok elok, ingat kesihatan boleh beli gamaknya 🥹

Post a Comment

4 Comments

  1. Samalh kita. Kita sakit tekak batuk selsema

    ReplyDelete
  2. Sekarang cuaca pun tak menentu, sat panas sat hujan.. pastikan minum ayaq kosong banyak :)

    ReplyDelete
  3. Sekarang tak sihat bersilih ganti, baru nak sihat datang pula pening kepala

    ReplyDelete
  4. gastrik mmg puncanya sebab makan x tentu time.. acid dalam badan confuse bila patut nak keluar hehehe

    ReplyDelete