STAYCATION DI LAMAN MAHINUN, PEKAN PAHANG SIAP ADA POOL!

1

Assalamualaikum

STAYCATION DI LAMAN MAHINUN, PEKAN PAHANG SIAP ADA POOL! | Hi! bulan lepas adalah masa terluang sikit so bawak family in law staycation kat satu homestay yang dalamnya serba serbi cantik dan moden. selalunya kitaorang kalau jalan jalan mesti balik hari dan of course la penat gila, ni dapat tidur homestay fuh bahagia!


STAYCATION DI LAMAN MAHINUN, PEKAN PAHANG

kitaorang bertolak dalam pukul 10 pagi macam tu sebab check in pukul 2.30 petang, perjalanan ambik masa dalam 3jam jugak la termasuk behenti petrol station dan lelain. btw ni adalah kali pertama saya jejak Pekan jadi saya memang excited lah memandang perjalanan nak kesana hehe.

nak ke homestay ni takdelah susah mana pun, memang kalau ikut map tu insyaAllah jumpa. dan sebelum sampai ke homestay ni saya ada nampak kedai makan, klinik dan juga kedai runcit. jadi oklah kan, dekat dengan semua benda!

bila sampai je kat pintu homestay ni terus terpegun kami suami isteri haha kitaorang sampai dulu, bukak je pagar wahhh, betul betul mewah homestay ni! bila bukak je pintu fuhhh rasa macam salah masuk haha! 

Ruang Tamu







Boleh bayangkan tak perasaan saya masa mula mula buka pintu rumah ni? eee cantiknya ruang tamu rumah ni! puas hati tengok semua benda, semua cantik sangat! ni baru ruang tamu, tengok bilik tidur lagilah geram haha!

Bilik Tidur



Bilik Utama

Bilik Kedua

so homestay ni ada 3 bilik, tapi satu bilik dah digunakan time saya ambil gambar ni. tapi bilik ketiga tu sama je dengan bilik kedua. semua bilik kat homestay ni dilengkapi aircond. cuma bilik utama tu je, bila bukak sliding door terus nampak kolam! heaven betul kan? 


bayangkan bangun pagi, bukak sliding door nampak kolam! haha jangan cakap anak sedara saya je excited saya pun excited! 

Dapur






Semua kelengkapan tersedia! cakap je apa yang takde? siap ada microwave lagi tau! senang kitaorang nak panaskan lauk untuk sarapan pagi tu. suami saya pula excited sangat dia dengan coffee maker tu haha dari mula sampai dah gigil tangan nak buat kopi haha mak mentua pula puji sedap, berbalik baliklah buat kopi petang tu haha

Tandas 



homestay ni ada dua toilet tapi saya taktahu lah kemana lagi gambar toilet kat sini hmmm padahal siap mirror selfie lagi. tapi apa yang saya boleh cakap memang toilet sini A++! semua cantik gila sampai balik rumah kitaorang, terus bincang nak tukar kepala paip macam kat homestay haha

Laman Luar








Cantik kan laman luar ni?! sambil sambil kitaorang mandi kolam, mak abah duduklah kat bangku tu haha. jangan ingat saya tak terjun sekali dalam kolam tu, memang join anak sedara sekalilah mandi. dia pun happy semacam sampai tak tidur petang tu dek seronok mandi kolam. jangan risau kolam ni memang disediakan pelampung dan juga life jacket. 

oh ya, kalau korang nak BBQ pun boleh je. sebenarnya kitaorang memang ada beli PMW petang tu, konon nak bakar la time malam tu, dek kerana penat, masing masing pukul10 dah tidur haha!

time nak checkout tu, masing masing cakap tak puas tidur semalam, rasa nak lagi tidur semalam tapi esok tu ada kerja lah pulak huhu. sokaylah nanti repeat lagi!

Lokasi Laman Mahinun




Alamat : 335, Lorong Bunga Tanjung, Taman Sepekan Jaya, 26600 Pekan, Pahang


Macam mana nak booking?

Whatsapp : Klik Sini
Booking.com : Klik Sini


Media Sosial Laman Mahinun


Facebook : https://www.facebook.com/Laman-Mahinun-102106935598552
Instagram : https://www.instagram.com/lamanmahinun/


Btw kalau korang malas nak membaca, nah saya ada sediakan video untuk korang :)


@shfyqhazhr Check in Laman Mahinun, Pekan Pahang harini dengan family in law 🤗 Cantik sangat homestay ni! ❤️🥺 #sapikahjalanjalan #homestaypahang ♬ bunyi asal - Luqman Hakim

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !