Assalamualaikum

TIPS BELI RUMAH YANG SEMUA ORANG PATUT TAHU! | Hi. memiliki rumah sendiri adalah salah satu impian saya, dan mungkin juga impian korang juga. takboleh bayangkan betapa seronoknya bila dapat duduk di rumah sendiri dan bukan lagi menyewa. kita boleh hiaskan rumah kita itu ini, dapat cantikkan rumah! wow bestnya! tapi sebelum korang beli rumah, korang kena baca dulu tips tips yang akan saya kongsikan ni ;

TIPS BELI RUMAH YANG SEMUA ORANG PATUT TAHU!

1. Beli Ikut Kemampuan


Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri" macam tu jugak bila nak membeli rumah. Beli ikut kemampuan diri dan bukan sebab nak ikut trend atau rumah orang lain. Jangan ingat bila dah lulus loan bermakna korang dah lulus nak bayar komitmen ni. Kira balik segala komitmen yang sebelum beli rumah dah selepas beli rumah. 

2. Beli Rumah yang Dekat Dengan Tempat Kerja


Ni juga salah satu tips penting! Korang tak boleh abaikan bahagian ni kecuali korang sanggup nak drive jauh jauh setiap hari untuk balik ke rumah. Oh nooo! silap silap korang berumah dalam kereta jelah. by the way kalau korang dah berumah tangga, jangan lupa pasangan korang juga. pilih kediaman yang tak terlalu jauh dengan tempat kerja kedua dua orang ok?

3. Kaji Persekitaran Rumah yang Hendak Dibeli


Ni pun penting jugak! bayangkan rumah korang jauh dari segala benda? jauh dari kedai, jauh dari sekolah, jauh dari masjid? Jadi sebelum korang beli rumah, korang kena kaji sendiri dekatkah rumah yang bakal dibeli dengan klinik? sekolah? jalan utama? walaupun nampak tak penting, tapi sebenarnya sangat penting!

4. Nilai Sebelum Beli


Harga nilai sesebuah rumah adalah tidak tetap. Jadi korang perlulah mengira semula nilai rumah korang sekarang dan masa akan datang. Kalau saya selalu saya akan gunakan https://www.mortgagecalculator.uk/ supaya senang nak mengira. korang hanya perlu masukkan nilai dan semuanya akan dikira sendiri :D mudah kan? Antara sebab korang perlu kira nilai rumah adalah supaya korang tahu yang nilai rumah korang pada masa akan datang masih relevan atau tak.

5. Ambil Kira Kos Tambahan


Beli rumah bukan sahaja tamat disitu. korang juga perlu fikirkan kos kos yang akan digunakan semasa korang tinggal di dalam rumah tersebut. sebagai contoh, cukai pintu, kerosakan kecil di mana mana bahagian rumah korang dan lain lain lagi. so kena prepare juga untuk ini okay?!

6. Privasi


Kalau korang seorang yang sukakan privasi, korang perlu ambil kira jenis rumah yang korang nak beli. sebagai contoh kalau korang jenis sukakan privasi, hartanah bunglo, teres dan semi D adalah pilihan lebih baik berbanding jenis strata.

7. Ketidaksempurnaan Dalam Hartanah

Akhir sekali, kalau korang dah jumpa apa yang korang nak walaupun bukan 100%, dah terus boleh beli. Bukannya apa, kalau masih mencari yang sempurna dan macam apa yang korang nak, takut nanti rumah takdapat beli, harga rumah dah naik! kan dah melepas 


Jadi macam mana? antara semua tips yang dikongsikan ni, pada korang yang mana paling penting bila nak beli sesebuah rumah? Kadang kadang hal hal kecil macam ni lah yang selalu terlepas pandang sampaikan merugikan kita satu hari nanti.

Saya doakan yang masih berusaha untuk beli rumah, semoga dipermudahkan segala urusan.