PENGALAMAN BARU : NIAGA DI PASAR TANI!

12

Assalamualaikum

PENGALAMAN BARU : NIAGA DI PASAR TANI! | Hi! salam dari orang paling busy sedunia :p hahah busy lah sangat, busy takbuat apa apa >< sebenarnyakan, sejak sejak nikah ni banyak pengalaman baru yang saya dapat haha, kalau dulu ex boifren a.k.a suami je yang duk cerita apa dia buat semua kan, tapi kalini saya sendiri rasa haha!

PENGALAMAN BARU : NIAGA DI PASAR TANI!

masa lepas nikah haritu pernah jugak sekali tolong suami kat pasar tani, gantikan mak mentua. sekarang setiap minggu! haha tapi saya suka. haritu masa mula mula ganti tu memang macam takbest sangat sebab nak kena bangun awal hahahahahaha! tapi sekarang asal nak gi niaga je mesti excited, malam dah siap fikir nak pakai baju apa semua.

so nak gi niaga kenalah bangun pukul 5 macam tu, yang penting takboleh lebih 5.30 nanti lewat. dah settle mandi subuh semua baru gerak, kena sampai sebelum pukul 7 seelokknya. setup khemah niaga semua, then boleh mula menjual! 

nak tau part paling best bila? ada tiga! hahaha part ramai gila orang datang dalam satu masa, part dapat pi cuci mata kat penjual lain dan part balik dengan jualan habis :p paling best bila orang datang ramai tu kan, memang sibuk gila lah haha tapi enjoy je momen tu, bila dah semua settle, dapat duduk fuh lega! 


bila dah pukul 10.30 ke atas memang dah krik krik sikit, niaga pun slow je. menunggu jelah kami yang niaga ni hahaha pastu pukul 11 lebih 12 macam tu dah packing untuk balik yahuuuu. balik tu memang barai lah, rasa kaki krem semua, memang lepas makan terus lelap XD

saya memang suka pun niaga, tapi taksangka dapat pengalaman macam ni bila dah nikah hehehe. 

Post a Comment

12 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wak dulu berpuluh tahun juga berniaga di pasar tani
    Memang seronok, tetapi sekarang dah pencen

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita pun ganti mak mentua sebab bagi dia rehat pulak

      Delete
  2. lain orang lain pengalamannyakan.

    ReplyDelete
  3. wah...okey tu sha..pengalaman...

    ReplyDelete
  4. bestnya, akak tak pernah niaga dekat pasar tani tapi suka tolong orang meniaga... momen paling best bila ramai orang yang datang membeli... seronok bila semua hasil habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan! saya mmg dari dulu suka niaga tapi taktau nak mula macam mana haha

      Delete
  5. rindu niaga macam ni ngan arwah nenek tapi dulu2 hampar kanvas je jual sayur kat pasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau kat kedah ada yang hampar kanvas je, rindu kg pulak :3

      Delete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !