ALHAMDULILLAH DAH SETTLE BAB BORANG NIKAH!

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH DAH SETTLE BAB BORANG NIKAH! | Hi! Alhamdulillah perjalanan harini dipermudahkan hehehe. Taksangka mudah je pun nak hantar borang nikah! Tapi saya punya takut macam nak kena hadap mak mertua hahaha eh takut ke kalau hadap mak mertua 🤪🤪

So kalau tempat saya which is Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, kalau nak buat urusan kena buat temujanji dulu, mungkin taknak ramai ramai time Covid ni. Jadi saya pun buatlah temujanji melalui link yang diberikan di FB pejabat agama tu.

Sejak sejak merancang untuk bernikah ni memang setiap hari jugak la stalk FB pejabat agama sebab takut SOP tukar! alhamdulillah la takda tukar apa.

Lepas je saya isi form di link yang diberikan, berdesup emel masuk 😂 oh ya, tarikh dan waktu boleh pilih ikut kekosongan tau. Jadi saya pilih harini, 9/8/2021 pukul9:45 pagi. Tadi pagi 9 lebih macam tu dah keluar rumah, ngam ngam 9.45 saya jejak kaki masuk dalam bangunan Pejabat Agama tu hehe

Sampai je pejabat, macam biasalah scan MYSejahtera pastu check suhu dan jugak check nama betul tak dah buat temujanji. Bila dah settle barulah naik atas, duduk kejap nama dipanggil fuh deborrrr

Bila nama dipanggil dia pun mintak la apa yang diperlukan dan jugak bagi satu borang suruh isi nama semua termasuklah tarikh cadangan nikah. Tapi kalau macam saya ni, kena nikah kat pejabat sebab takdak imam kat masjid sini 😂💆🏽‍♂️ Tapi takpelah

So part tarikh cadangan tu, puan tu ada cakap nak tak nikah 12 hb ni? Oh no 🤣🤣 taknak hahahaha! Pastu cakap ke dia sekian sekian tarikh, dia cakap okay apa apa dia call hahaha pastu bila balik rumah baru terfikir nak tukar tarikh pulak 🤔 haaaaaaa bila tu? Tunggu jelah hahaha 🧏🏻‍♀️🤭

Mohon doakan urusan saya dipermudahkan 🥰 Terima kasih juga kepada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu sebab smooth sangat nak settle hal nikah ni hehehehehe 💕💕

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan, Sha.

    ReplyDelete
  2. Congratulations! Semoga dipermudahkan segala urusan and wishing you a happy married life soon <3

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. Tahniahhhhh! Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, moga moga dipermudahkan segala urusan sha :)

    ReplyDelete