HOTEL YANG SESUAI UNTUK HONEYMOON!

3

Assalamualaikum

HOTEL YANG SESUAI UNTUK HONEYMOON! | Hi! sejak sejak banyak masa kat rumah ni kan, semua benda nak digodek godek hehehek. walaupun saya tahu dalam keadaan sekarang, tak mungkin kita dapat berstaycation macam dulu, tapi takpelah, cari dulu untuk rujukan masa depan :p

HOTEL YANG SESUAI UNTUK HONEYMOON

so, insyaAllah kalau tiada halangan, saya akan menamatkan zaman bujang saya bulan depan, doakan ye hehehe. jadi tadi saja saja la usha hotel untuk honeymoon nanti 👀 sebelum tu, saya nak kongsikan tips untuk korang cari hotel untuk honeymoon dan juga hotel yang best untuk honeymoon & staycation!

Tips Pilih Tempat Honeymoon

1. Tempat yang romantik

Kebiasaannya, kita honeymoon bila lepas kahwin kan? pastinya kita mahukan saat saat yang romatis bersama pasangan kita, jadi pilihlah tempat yang sesuai seperti tempat yang ada laut atau pantai 😍

2. Tetapkan bajet sebelum memilih tempat

Saat saat pandemik ni, kewangan haruslah dititikberatkan kan? jadi sebelum membuat sebarang tempahan, korang kenalah tetapkan dulu bajet supaya lepas balik honeymoon masih ada wang untuk makan 🤣

3. Pilih tempat yang boleh dijadikan kenangan

Ini penting! honeymoon ni macam first trip as husband and wife kan? so kenalah cari tempat yang akan menjadi kenangan hingga ke akhir hayat. tempat yang cantik, nyaman dan selesa! nanti boleh ceritakan kepada anak cucu hehe

4. Kaji cuaca sebelum pergi honeymoon!

Kita semua sedia maklum kan, bila hujung tahun kebiasaannya ada negeri yang mengalami banjir. jadi korang kenalah check semua tu supaya honeymoon korang tak gagal sebab hal hal macam ni.

So korang ada lagi tips untuk honeymoon? kalau ada boleh kongsikan dibawah! by the way, saya ada beberapa tempat staycation dan hotel yang menarik perhatian saya. memang rambang mata tengok hotel itu cantik, hotel ini best, hotel situ ada pantai, laut haha. tapi disebabkan lepas kahwin saya bakal berhijrah ke Negeri Sembilan jadi saya tengok tengok la hotel yang berdekatan, which is Kuala Lumpur, Melaka dan juga Negeri Sembilan.

sebenarnya hotel yang di Negeri Sembilan ni memang dah jadi wishlist dari sebelum sampai seru nak nikah lagi, mana tak nya! siapa je yang dengar nama hotel ni mesti tahu dan nak datang! 

HOTEL YANG SESUAI UNTUK HONEYMOON

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

siapa je tak jatuh cinta dengan tempat ni, serba serbi cantik dan mewah! paling love sekali sebab ada pemandangan laut dan private pools yang mana memang akan menambahkan lagi vibes honeymoon nanti hehehe selain itu, reka bentuk yang unik juga memainkan peranan untuk kaki bergambar! mesti setiap sudut akan di capture sebagai kenangan. jangan lupa check out Lexis Hibiscus Port Dickson untuk promosi promosi menarik 😍

2. The Pines Melaka

tbh saya belum pernah sampai Melaka, tapi saya memang teringin sangat nak kesana! nak tengok beca hehehehe macam dalam drama! pastu nak tengok bangunan bangunan kat Melaka 😍 mesti seronok kan kalau dapat bergambar kat bangunan bangunan situ. kalau bab hotel pulak, saya jatuh cinta dengan The Pines Melaka 🤪 bila first time tengok, terus rasa nak booking terus! ada swimming pool tau! 

3. Kuala Lumpur

kalau nak staycation KL memang taksusah pun, memang banyak sangat pilihan yang korang ada haha! korang boleh pilih nak hotel yang macam mana korang nak, dekat dengan shopping mall? ada tub mandi? ada pool? ada gym? hahaha nak all in 1? punnn ada! tinggal pilih je..


ini jelah tiga tempat yang saya rasa menjadi pilihan untuk honeymoon, atau korang ada suggestion lain? boleh saya masukkan dalam last 🤪 harap harap cepatlah capai herd immunity kan?! nak rentas negeri dan bercuti macam dulu 😫


Post a Comment

3 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Semoga dipermudahkan urusan nikahnya kali ni... Hehe psstt dh pilih ke hotel mana yg sesuai tu? ��

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan nanti :) Tak sabar nak tunggu habis covid-19. Rindu kehidupan dulu-dulu, boleh bergerak bebas tanpa ada sebarang halangan ^_^

    Jemput singgah blog

    https://nurfatin-liyana.blogspot.com/

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !