Assalamualaikum

RESEPI BURNT CHEESE CAKE 5 BAHAN & GUNA BLENDER JE! | Hi! alhamdulillah dah hari ketiga kita berpuasa harini, tadi tengahari duk fikir nak makan apa harini terus teringat baking pan 😂 buat burnt cheese cake lah!

maka, terjadilah burnt cheese cake petang tadi. gigih ye keluar gi beli barang yang takdak 😂 sebaik sedap dan mudah nak buat 😋

RESEPI BURNT CHEESE CAKE 5 BAHAN & GUNA BLENDER JE!

Bahan Bahan


ðŸ‘‰ðŸ― cream cheese 250g
ðŸ‘‰ðŸ― whipping cream 125g
ðŸ‘‰ðŸ― gula 1/2 cawan
ðŸ‘‰ðŸ― tepung gandum 2sdb
ðŸ‘‰ðŸ― telur 3 biji
ðŸ‘‰ðŸ― esen vanilla 1 sudu

Langkah - langkah

1. panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 200°c
2. masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati dan halus


3. tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah dilapikkan dengan baking paper
4. bakar pada suhu 200°c selamat 50-60 minit (mengikut oven korang)
5. biarkan sejuk didalam peti ais dan sedia untuk dimakan! 😋

fresh from oven!


ok lawak bentuk dia 😂 sedap jugak la saya buat ni (ehhh puji diri sendiri ðŸĪŠ) tapi tetap teringin secret recipe punya burnt cheese cake huhuhu

okay bye! goodnight ðŸĪ