Subscribe to my Newsletter

FIRST KENDURI KAHWIN 2021

Assalamualaikum

FIRST KENDURI KAHWIN 2021 | Hi! saya rasa sekarang memang masing masing sibuk buat majlis kenduri yang tertunda haritu kan? mana taknye, puasa pun dah dekat!

Saya sebenarnya taksuka sangat ke kenduri orang 😂 dalam hidup saya ni rasanya kurang daripada 100 kali pergi kenduri kahwin hahaha habislah nanti takda orang datang kenduri saya 😂

Walaupun malas nak pergi tapi sebab budak kecik tu merengek nak pergi, layankan jelah. dan bila sampai tempat kenduri tu memang terkejut!

khemah besar gila tapi tetamu yang ada tak ramai pun 😍 sebelum masuk scan MySejahtera dan check suhu dulu, pastu terus ambil lauk dan duduk makan. 

Disebabkan orang takramai, rasa macam seronok pulak kenduri macam ni😅 tapi cousin cakap takbest sebab tak meriah. dan yang saya perasan lagi, sekarang dah takda eh DJ semua tu 😂 paling tak suka DJ yang jenis mention kita bila otw nak masuk majlis hahha adoi

So lepas makan, jumpa tuan rumah then balik. Masa tu pukul3 lebih dah dorang dah mula kemas kemas dah rasanya. Kiranya kenduri sekarang kejap jelah kan 😍 

Oh ya, dah alang alang pergi kenduri mestilah ootd kan 🤪 baju ni beli sebab kawan tunang awal 2020, sekarang dah ketat hahaha aduh baju makin kecik pulak 😂😂😂


Korang dah pergi kenduri kahwin belum tahun ni? kalau belum, tunggu jelah saya kahwin hahaha! jk jk

Post a comment

17 Comments

  1. Laaamaaanya x makan nasi myk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha semalam pun makan nasi tomato 🤣 bukan nasi minyak 😂

      Delete
  2. Akak tak pergi pun mana- mana kenduri kahwin...sebab memang takde jemputan..kalau kazen2 kawen pun depa buat nikah je..anad sebelah2 depa je...kami jauh2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi skrg kalau tak dijemput lg ok daripada jemput hehe 👉🏽👈🏽

      Delete
  3. sejak pkp uncle masih belum terima undangan majlis kawin lagi! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay jugak tu, takpayah fikir nak pergi ke tak :p

      Delete
  4. Hahaha ok nak kawen jgn lupa jemput yeh 😆

    ReplyDelete
  5. sy pergi kenduri kahwin kawan je. kenduri kahwin sy bila ya :) hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah, takpa insyaAllah soon rabia pulak hehe

      Delete
  6. Samalah, saya pun tak suka pergi kenduri kawin, selalu kena bebel dengan kakak. Dia selalu cakap nanti majlis saya tak ada orang datang, padan muka hahaha. Tapi tahun ni tak pernah pergi lagi mana mana majlis kawin. Last pergi 2019 kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah, saya pun last 2019 jugak pastu terus 2021 XD

      Delete
  7. Tahun ni belum dapat jemputan lagi yg dekat dekat ni.... yg jauh ada jemputan..tp talleh rentas negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, banyak juga undangan yang takdapat pergi sebab takleh rentas negeri huhu

      Delete
  8. hehehe baju tu cantikkkkk. :)

    ReplyDelete