Assalamualaikum

AHAD YANG PRODUKTIF! | Hi! selamat pagi dan salam 13 Ramadan 😊 rasa macam baru semalam hari jumaat tetiba harini dah hari ahad 😂 jarang jarang tau muncul blogpost dipagi hari kecuali auto publish hehe

AHAD YANG PRODUKTIF!

so tadi lepas sahur dan subuh tak tidur, baring pun tak! sebab kalau baring je terus rasa malas dah nak buat apa huhu then hantar cousin sekolah. budak sekarang awal nau pergi sekolah, 6.45 pagi dah nak pergi dah, saya dulu selagi tak 7.15 pagi jangan harap nak keluar haha

balik hantar cousin, terus kemas rumah. mula sekali buang sarang apa eh hahaha adoi lupa pulak 😂 then kemas bilik, tukar cadar, sarung bantal dan sebagainya. buang kotak kotak yang tak guna, kononnya nak buat review haha sembang je!

settle kemas bilik, kemas dapur pulak! mop sana sini sikit then lap apa patut sambil sambil basuh baju. settle keringkan baju, sidai baju then settlekan draf untuk ig pulak.

produktif tak pagi saya? 😂 selalunya lepas hantar cousin terus balik tido. tapi jangan ingat saya tak tidur hahaha sekarang, saya dah siap pasang humidifier dah sebab nak mimpi yang indah sebab kerja rumah dah siap 🤪

macam nilah hadiah untuk giveaway tu! cantikkan? maaf lah gegor sikit, tangan tak bedung hahaa. korang buat apa je hari ahad ni? 


nota kaki : nanti saya balas kunjungan korang ok? nak beradu sebentar 🤪 byeee!