Subscribe to my Newsletter

MORNING WALKS DARI SUKA SUKA JADI RUTIN!

Assalamualaikum

MORNING WALKS DARI SUKA SUKA JADI RUTIN! | Hi! macam mana nak curi masa untuk blog ni, susah betul nak bagi dia masa haha. nak update blog macam kena lalui beribu ujian barulah sampai sini dan barulah boleh update XD kalaulah update blog semudah update ig story~

MORNING WALKS

jadi harini seperti tajuk yang korang baca tu, saya nak cerita mengenai morning walks yang sekarang dah jadi rutin padahal mula mula haritu sebab suka suka ja. mula mula haritu 2 3 tapak pun dah penat macam takda hari esok, tapi sekarang dah boleh banyak sikit tapi masih tak sampai goals 3km 1 pagi sebab ada ja halangan.

sebelum budak sekolah rendah sekolah haritu memang hari hari saya kena paksa dengan si kecik tu suruh exercise katanya, dia nak jadi jurulatih bagi kurus hahaha kita pun ikutkanlah daripada takda buat apa apa. tapi masalahnya lepas morning walks tu dia boleh ajak kita pi makan roti canai haha.

kebiasaannya saya dengan dia akan keluar dalam pukul 7 macam tu, dan akan berjalan kat jalan belakang rumah. jalan tu orang kurang ada sangat, jadi seronok la nak berjalan. bukannya apa kang jumpa ramai, eh semua nak ajak sembang hahaha


tapi bila lalu jalan sunyi takut pula kang ada pula orang takbaik ke apa hahaha penakut betul kan? tapi bukan apa keselamatan semua tu. seronoknya morning walks ni sebab rasa tenang je, udara pun rasa segar dan pemandangan cantik takyah cakap la haha asyik nak ootd je XD

mula mula berjalan dulu, pakai sliper je. sekarang dah start pakai kasut sukan, proper sikit kan. next week cuti sekolah, boleh la mulakan balik morning walks ni haha banyak hari dah tinggal tapi takde morning walks, kita ada evening walks hahaha! 

APA BAGUSNYA DENGAN MORNING WALKS?

kita pun sedia maklum kan, sehari sepatutnya kita berjalan 10000 tapak jadi saya nak kongsikan kat korang kebaikan berjalan untuk badan korang.

  • kurangkan risiko diabetes
  • bagus untuk jantung
  • weighloss (semua orang suka XD)
  • mengawal tahap kolestrol
  • mengurangkan risiko terkena strok
  • relieve stress
  • mengurangkan risiko kanser
  • boostkan sistem imum badan
  • skin lebih glow
Banyak lagi sebenarnya kelebihan korang boleh dapat dengan morning walks ni, just spend at least 30 minit setiap pagi untuk berjalan je. yang saya dapat rasakan sekarang lepas lakukan morning walks ni adalah badan rasa ringan walaupun masih gemok haha, kiranya senang nak bergerak berbanding dulu dan kulit pun rasa kurang bermasalah! alhamdulillah, daripada seronok seronok tapi dapat juga kebaikan dia haha.


jadi geng, tunggu apa lagi. jom mulakan esok! morning walks setiap hari :p

Post a comment

13 Comments

  1. bestnya dpt morning walks..
    sy xsempat nk buat..
    awl pagi dh kalut nk g keje..
    arap nt sy ade ms nk buat sume ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpelah jalan masuk pejabat pun ok kan

      Delete
  2. pemandangan cantik hari2 pun boleh morning walks nya nih

    ReplyDelete
  3. teruskan semangat morning walk sis

    ReplyDelete
  4. seronok ade geng nak melangkah..shida xde geng tp suka morning walks^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng pun dah sekolah sekarang 😂 hahaa sorang sorang mmg jadi malas

      Delete