KFC GOLDEN BUTTER CEREAL

Assalamualaikum

KFC GOLDEN BUTTER CEREAL |Hi, happy weekend! pagi pagi dah bercerita pasal makanan ye 😂 saya taktahu la korang dah cuba ke belum menu kfc yang ni, sebab sekarang dah ada yang lagi baru which is burger ZERO tu.

so haritu lepas beli barang, terfikir nak beli apa nak makan tengahari sebab dah malas nak masak sebab penat beli barangkan 🤣 alasan kemain kan hahaha so terfikirlah nak makan kfc since lama tak makan.

mula tu nak beli yang snack plate biasa tu je, ah maleh betul dengan tak tetap pendirian ni, dah kat depan kaunter tetiba pi order yang golden butter cereal 🥴 bau menu ni memang menusuk kalbu! 

on the way balik ke rumah memang rasa macam nak singgah tepi jalan makan dulu la disebabkan bau sedap dia tu, tapi malangnya huhuhu

beginilah rupanya golden butter cereal tu. bukak bukak alamak ada daun kari 😂 sah sejenis sawadeee ni😫 makan sekali, peh takleh pergi wehhhh! try ambik nasi dan makan dengan ayam tu, fuh better sikit. habis jugak la seketul 😂 yelah lapar kan? kira halal la 

saya ambik yang 2pcs dan upgrade air milo large so total lost rm18. kalau tanya saya akan repeat atau tak menu ni, jawapannya tak 😂 memang betul lah orang cakap, ayam kfc yang hot&spicy tu jugak la sedap hahaha. btw jangan tanya kenapa tak beli ayam mcd, kampung saya ada kfc je 😂 oh btw, kfc ada buat promo, beli 2 menu rm9.90 👇🏽

ok bai!

8 Comments

  1. kalau menu baru ayam kfc memang selalu tidak mencapai jangkaan. seram nak cuba

    ReplyDelete
  2. Teringin nak cuba sebab saya memang minat KFC sawadee tu. Tapi tak berkesempatan untuk pergi beli lagi.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa tp rindu hugs dgn kfc tomyam dlu pernah keluar sekali

    ReplyDelete
  4. Sawadee ni yang thailand tu ke..dulu pernh keluar rasanya..kureng la..hahaha..Jadi bila kfc baik bila yang biasa je dinner set atau lunch set..heehe

    ReplyDelete
  5. Ai kalau keluar iklan baru kfc, pergi kfc tetap order ayam goreng spicy. hikkss

    ReplyDelete
  6. bean dah try, prefer yang biasa jer since yang ni boleh buat muak gitu. hehe

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi golden butter cereal ni. Sekarang tengah mood tak boleh makan ayam. huhu

    ReplyDelete
  8. Selalu sy tgok iklan tv, signborad tepi jln iklan kfc ni..tpi x berkesempatan lg nk cuba..huhu teringin juga..

    ReplyDelete