BARANG DIHANTAR JNT PECAH, ROSAK??!

Assalamualaikum

BARANG DIHANTAR JNT PECAH, ROSAK??! | Hi! haritu kan viral sana sini yang JNT bermasalah, kebetulan haritu memang takda benda nak beli 😅 tapi teringin nak tau betul ke bermasalah.

jadi saya pun ambik la keputusan untuk beli barang dari shopee dan guna courier JNT sebab nak tau macam mana keadaan barang tu bila sampai dan ingatkan nak tanya sendiri abang JNT yang selalu datang tu betul ke tak.

oh ya, kebetulan hari ahad lepas saya ada lalu area JNT Jitra Kedah, peh barang sampai ke luar! dasyat betul. mana taknya, sekarang semua beli barang online kan? kerusi plastik yang macam kat kedai pun beli online, mesin basuh pun beli online 😂ðŸĪĢ

ok back to story, saya pun belilah barang kat shopee, memang nak beli pun barang tu tapi takut jugak kan kang datang rosak ke apa 😂 tapi redha jelah. barang tu dipos dari Penang dan saya di Kedah. selalunya kalau PNG-KDH memang sehari je dah sampai... tapi kalini....

4 hari jugak la barang baru sampai. tapi takpelah, saya kalau barang tak urgent tak meroyan sangat 😂 tapi malang sekali masa barang sampai, saya takda kat rumah. takdapat tanya abang JNT tu hahaha. selalunya dia datang lepas maghrib 😂 taktahu la haritu awal pulak dia datang hantar.

saya beli 3 barang ni dan alhamdulillah semua dalam keadaan baik. dan tripod tu sangat recommended kalau korang nak record video ke ambik gambar ke sebab memang kukuh sangat 😍 bluetooth shutter & enlarge screen tu beli sebab nak cukupkan shipping ðŸĪĢ

lepas saya beli tu, baru saya dapat tau yang JNT bermasalah ni kat Perak, Selangor & Johor 😂 dah ekau kat kedah sibuk jugak nak menyoping ye hahahah! sebaik beli barang yang memang boleh digunakan ðŸĪŠ nak saya review barang yang saya beli one by one tak?!


ok byeee ✨ 

1 Comments

  1. Nasib baik xde masaslah..akak nyer parcel ikan bilis tg dawai masih x dapat dan jalan2 kat Melaka....

    ReplyDelete