Assalamualaikum

DRAMA : BIAR MEREKA CEMBURU | Semalam dah mula episod pertama drama ni lepas dah habis 33 episod drama Perempuan Tanpa Dosa. katanya drama kalini more to romantic comedy, which is genre yang sha suka! 😍

Biar Mereka Cemburu


Pelakon Biar Mereka Cemburu

Aiman Hakim Ridza sebagai TENGKU EIDIL
Nabila Razali sebagai NADIA
Izzat Mushtaq sebagai ROSTAM
Rubini Sambanthan sebagai MARSHA GORDON
Aedy Ashraf sebagai FETRI
Dato’ Shah Rezza sebagai TENGKU ALAUDDIN
Mas Anizan sebagai ENGKU ZULAIKHA
Bella Dowanna sebagai NABILA 
Hasmira Azmi sebagai SOFEA
Syahir Shafein sebagai REZA 
Adam Malek sebagai NABIL

Sinopsis Biar Mereka Cemburu


Biar Mereka Cemburu mengisahkan mengenai Tengku Eidil yang mana seorang pengarah kreatif di salah sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan hangat bercinta dengan kekasihnya iaitu Marsha Gordon.

Namun disebabkan terdetik dihatinya untuk berubah telah membuatkan dia tidak mahu berkahwin dengan Marsha. Nadia pula bekerja sebagai seorang penghantar makanan di sebuah kedai makan milik kawan baiknya, Rostam. Nadia juga menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional. 

Takdir telah menemukan mereka ketika Nadia behenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air dan menyebabkan air  terkena pada Nadia tanpa sengaja.

Waktu Tayangan Biar Mereka Cemburu

✨ Setiap hari Isnin hingga Khamis 

✨ Jam 10.00 malam

✨ Slot Megadrama di Astro Ria Hd & Astro Ria

✨ Tonton Online di Astro Go & iQIYI


OST Biar Mereka Cemburu

Ku Mau - Aizat Amdan & Hanin (Lirik)


iQIYI

First time dengar pasal iQIYI?! kat aplikasi korang boleh tonton drama melayu, kdrama, cdrama, anime pun ada tau! kalau korang baru first time nak download iQIYI, koranh boleh download DISINI dan dapat FREE VIP FOR 3 DAYS 😚✨


ok bye!