Subscribe to my Newsletter

PEPERO HOMEMADE 3 BAHAN!

 Assalamualaikum

PEPERO HOMEMADE 3 BAHAN! | Hi. ceritanya petang tadi tengah bosan bosan dan lapar pergilah buka peti ais. mula mula ingat nak buat nasi goreng, tapi sebab ternampak kulit popia yang lebih haritu terus terfikir ok jugak kalau buat macam pepero tu 🀣 

tapi masa tengah sibuk "bertukang" tadi tak teringat pula nak ambil gambar cara buat. memang phone pun tinggal dalam bilik gitu je sampai habis masak hahaha! nampak kan fokus dia macam mana πŸ€ͺ

jadi tanpa melengah lengahkan masa, disini saya kongsikan bahan dan juga cara nak buat. gambar bahan bahan saya terpaksa google πŸ˜… sebaik ada cik G kita yang sentiasa ada hehehek

BAHAN BAHAN PEPERO 3 BAHAN

- kulit popia (brand apa pun boleh)

- jem coklat 

- kacang hancur (lebih buat apam balik haritu)

- minyak sikit untuk goreng

- air sebagai gam


CARA CARA BUAT PEPERO 3 BAHAN


- Ambil sekeping kulit popia, potong dua dan gulungkan & jangan lupa gamkan dengan air πŸ˜†gulunglah sebanyak mana yang anda mahukan

- Panaskan minyak, goreng kulit popia sehingga kekuningan. goreng sekejap je, janji bila dah angkat, bila gigit bunyi kriuk kraup kriuk 

- Sangaikan kacang hancur

- Bila kulit popia tadi dah sejuk sikit, ambik dan saluti kulit popia tadi dengan jem

- Jangan lupa tabur kacang hancur!

- Dah siap!



ada yang tak tabur kacang sebab budak budak ni ada yang taksuka kacang. walaupun rupa so so ja tapi habis tanpa sedar πŸ˜‚

takdalah sesedap pepero langkawi tapi kalau untuk buat kunyah mengunyah masa tengok kdrama rasanya ok jur.

kalau nak dengar kerangupan pepero ni boleh ke ig story saya sebelum terpadam πŸ˜† @shfyqhazhr


ps ; maaf kalau takfaham jalan cerita resepi πŸ˜‚ nak buat tu tau tapi nak cerita tu takpandai haha

Post a comment

2 Comments

  1. Mcm mudah ja nak buat tapi ngenyah hehe. Btw jemput join giveaway yeh πŸ€— https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1

    ReplyDelete