5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST TRY IN KUALA LUMPUR


Assalamualaikum 

5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST TRY IN KUALA LUMPUR |  Hi korang! siapa kat sini peminat makanan western? sha kalau pergi mana - mana kedai makan, selalunya sha akan cari kedai yang ada hidangkan makanan western. selalunya kalau keluar makan diluar, taknak la makan yang berat berat macam nasi nanti jadi malas nak bergerak, tapi masih nak makan benda yang menyenyangkan sebab nak berjalan kan hehehe jadi makanan western memang pilihan yang terbaik lah!


5 Western Restaurants You Must Try In KL

rasanya tidak menjadi masalah kalau berjalan jalan di Kuala Lumpur dan nak cari restoran yang ada makanan western kan? Kuala Lumpur kan sebuah bandar yang tak pernah tidur, jadi semestinyalah banyak juga kedai yang tumbuh bagaikan cendawan untuk memenuhi permintaan para penduduk setempat. Selain itu, kebanyakkan restoran di sekitar Kuala Lumpur ni menggunakan perkhdimataan FoodPanda Malaysia Delivery bagi memudahkan anda yang lapar tapi malas nak keluar makan. jadi kalini, sha nak kongsikan kat korang semua 5 restoran western yang korang patut cuba kalau datang KL!


1. 151 Hugh Low Kopitiam


Kita ingin western food tapi kawan nak kan Nasi? jangan risau, kalau korang datang ke 151 Hugh Low Kopitiam ni dua dua boleh dapat disini. yang buat sha impress dengan restoran ni adalah menu - menu yang disediakan, daripada makanan brakfast, makanan lokal hinggalah ke makanan western ada disini! antara menu western yang menarik perhatian sha adalah Chicken Burger with Cheddar Cheese! 


sha sememangnya peminat burger sejak dulu kala lagi memang wajib orderlah kalau pergi ke sana nanti! disini juga korang boleh makan toast, nasi lemak, ice blended dan macam macam lagi lah!
  • Chicken Burger with Cheddar Cheese
  • Crispy Chicken Chop
  • Fish & Chips
  • Baked Cheese Rice with Chicken
  • Chicken Spaghetti Bolognese
  • Meatball Bolognese
  • Grilled Chicken Chop Aglio Olio
  • Basil Pesto Pasta
  • Mushroom Soup with Garlic Bread
  • Wedges
  • Cheese Wedges

2. Overloaded Western KL


Seterusnya, restoran western yang korang kena cuba adalah Overloaded Western KL! Kalau dengar nama restoran ni macam gempak, jangan takut pula nak masuk sini sebab sha baca review mengenai restoran ni, pelayannya semua friendly dan yang paling penting servis pun laju! kalau tengok - tengok menu di restoran ni yang paling menarik perhatian sha adalah lamb chop sebab sha peminat kambing xD


tengok dalam gambar pun dah sedap kan, apatah lagi rasanya! walaupun hidangan kat sini hampir setaraf dengan hotel tapi jangan risau sebab harga kat sini semua berpatutan tau!




  • Chicken Chop
  • Chicken Grilled
  • Chicken Bleu
  • Fish & Chip
  • Beef Steak
  • Mixed Grilled
  • Fish & Chip Nasi Goreng
  • Beef Steak Nasi Goreng
  • Lamb Chop Nasi Goreng



  • 3. Uncle Z Western Food


    Ok next, burger dah lamb chop pun dah. Tekak rasa nak makan something yang mana kalau makan kerap muak, kalau lama tak makan rindu hehehe apa lagi kalau fish and chips! fish and chips ni pun salah satu makanan kegemaran sha tau! yang penting kat Uncle Z ni semuanya murah murah, tak percaya? tengoklah menu - menu kat bawah ni :-
    • Chicken Chop - MYR 12.00
    • Chicken Grill - MYR 12.00
    • Beef Steak - MYR 21.00
    • Lamb Chop - MYR 21.00
    • Fish & Chips - MYR 13.00
    • Nugget 5 Pcs - MYR 4.50 
    • Fun Fries - MYR 5.00

    4. Spoon SteakHouse


    kalau lihat pada nama restoran ni semestinya restoran ni ada hidangkan steak kan! tapi kalini sha nak cerita pasal pasta hehe. siapa peminat pasta kat sini? kalau sha antara bolognese dan carbonara, sha suka carbonara lagi! korang pun macam tu ke atau sebaliknya? tapi kalau makan carbonara ni semestinya lah takboleh makan banyak sebab nanti muak kan. menu pilihan yang menarik perhatian sha di restoran ni adalah Fettuccine Carbonara!


    tapi bukan pasta je ada kat restoran ni, lain - lain menu pun ada. yang penting memang menyelerakan! antara menu yang lain :
    • Pan Fried Salmon
    • Poached Salmon
    • T Bone Steak
    • Sirloin Steak
    • BBQ Beef Rib

    5. Mikey's Original New York Pizza



    Akhir sekali, Mikey's Original New York Pizza. Taklengkaplah kalau sebut western tapi takda pizza dalam list kan? Kalau korang tengah cari restoran yang ada menu pizza, sinilah yang perlu korang pergi. kat sini ada bermacam macam jenis pizza tau ;-




  • Mama's Wild Mushroom Pizza
  • The 9-1-1 Pizza
  • BBQ Chicken Pizza
  • Buffalo Chicken Pizza
  • Sweet Hawaiian Chicken Pizza
  • The Tony Soprano Pizza
  • Meatball Pizza
  • Classic New York Pizza
  • Beef Pepperoni Pizza
  • Chicken Loco Mexicano Pizza
  • Beef Loco Mexicano Pizza
  • Pizza Bianco


  • tapi korang jangan risau sebab kat sini ada juga menu lain bagi sesiapa yang tak makan pizza, jangan risau okay!


    eh cukuplah lima suggestion western food near me kan? kalau list banyak banyak nanti lagi pening lagi nak pilih mana nak pergi haha! rasanya lima tempat pun dah pening bila ditanya "nak makan mana?" untuk buat pilihan kan? tapi sha nak kongsilah dengan korang, kalau lapar tapi malas nak keluar atau takda geng nak keluar bersama, korang boleh order terus je dengan FoodPanda, korang hanya perlu order dan tunggu dirumah sambil tengok Netflix!



    5 comments:

    1. kaella jarang mkn makanan western. tapi sekali dah makan nak makn lagi hehehe

      ReplyDelete
    2. Spoon tu banyak kali lalu tapi tak singgah

      ReplyDelete
    3. semua ni akak tak pernah try walaupun duduk kl... sebab ada banyak sangat kedai western food yang best kt sini...

      ReplyDelete
    4. Assalamualaikum Wrmbth Sis Syafiqah.Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

      Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

      Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

      Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

      Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

      ReplyDelete
    5. terima kasih. kalau ke KL, boleh la cuba ni ^_^

      ReplyDelete

    My Instagram