RESEPI : AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


RESEPI : AYAM MASAK LEMAK CILI PADI



BAHAN BAHAN :- 

Ayam 1 ekor
Kentang
Tomato
Daun kunyit
.
Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai (kalau taktahan pedas boleh guna 7 tangkai)
Kunyit hidup setengah inci
Garam
.
Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan
(guna santan fresh baru sedap tp klau takda, boleh guna santan kotak)


CARA MEMASAK :

1. Tumis minyak dengan bahan yang ditumbuk 
2. Masukkan ayam, kentang dan santan cair 
3. Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih
4. Setelah mendidih masukkan santan pekat dan tunggu sehingga mendidih lagi sekali
5. Masukkan tomato dan tabur daun kunyit.
*kalau pekat sangat, bolehtambah air ikut selera masing masing 

13 comments:

  1. kak ana panggil ni menu penyelamat, bila dah buntu idea last ayam masak lomak yo lah ye :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya. kena try cuba buat pulak ni,

    ReplyDelete
  3. Resepi yang mudah dan cepat. Sedap dimakan dan buat bertambah nasi

    ReplyDelete
  4. sedapnya, akak kalau buat masak lmak cili api pun kene boh kentang, kegemaran si aiyan kentang tuh

    ReplyDelete
  5. ammi sekarang masak pakai santan kotak je.

    rasa fed up pulak bila beli santan..tp bila masak rasa mcm dah bercampur air. cair gila santannya.

    ReplyDelete
  6. alahai tengok menu ni terus lapaq. hehehe

    ReplyDelete
  7. wah... sedap gak ni.... ada la idea nak masak

    ReplyDelete
  8. sedap ni, kadang hirup kuah saja pun dah nikmat. hehe

    ReplyDelete