SIMPLE LOOK MAKEUP USING ALTHEA MAKEUP BOX


Assalamualaikum

SIMPLE LOOK MAKEUP  USING ALTHEA MAKEUP BOX | hi korang! omgggg sapikah buang tabiat ke apa ni nak cakap pasal makeup? hahahaha korang jangan lupa baca sampai habis tau :P 


kejap, Althea? makeup? Althea dah ada makeup? YESSSSS GURLLLLL ALTHEA DAH ADA RANGKAIAN MAKEUP SEKARANG! Althea tu apa? ok Althea ni laman web yang menjual produk produk kecantikan dan juga alat solekan dan sekarang Althea dah keluarkan beberapa produk sendiri tau! 

BARISAN BARISAN PRODUK BARU DI ALTHEA


1. SKIN RELIEF SPOT FILM GEL



ada jerawat la tapi nak makeup, cemana eh? karang kalau makeup jugak mesti makeup taksmooth. chill girls, jangan risau. guna je Spot Film Gel ni, sebab apa kena guna Spot Gel ni ;- dapat merawat tempat jerawat yang kering hingga ke lapisan kulit, mengandungi minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinus & dapat membuat kulit menjadi licin serta terlindung - memang sesuai untuk makeup!


cara menggunakan Skin Relief Spot Film Gel

- pastikan kulit muka korang bersih sebelum menggunakan spot film gel ni.
- picit sedikit produk ke hujung jari (yang dah dibersihkan)
- sapukan produk ke kawasan kulit yang PERLU SAHAJA secara nipis

MY REVIEW : pada sha bagus juga produk ni wujud hikhik, memang muka ni tak selalu ada jerawat tapi ada masanya jerawat naik. memang lepas apply produk ni, bukan saja buat makeup jadi smooth tapi juga buatkan jerawat sha cepat kecut so ilike!!!!! 4.5/5


2. FLAWLESS CREAMY CONCEALER


to be honest sha bukan sejenis yang suka gunakan concealer, tapi bila cuba concealer ni memang terus in love! boleh buat pakai hari hari pulak tu. thankyou also to Althea sebab buat shade dari cerah sampai shade sesuai dengan kulit iolls hikhik


concealer ni ada 4 shade (dari atas) iaitu ;-

💮 #01 Vanilla 
💮 #02 Ginger
💮 #03 Honey
💮 #04 Mocha


cara menggunakan Flawless Creamy Concealer

- pilih shade yang sesuai dengan warna kulit korang
- dot dot kan kat tempat yang perlu (bawah mata, batang hidung, dahi, dagu, atas bibir mulut & juga tempat tempat yang nak di tutup)
- blend dengan sponge or brush

MY REVIEW : sha guna shade yang paling darker tapi tak tau kenapa dalam video ni nampak macam cerah hoho. suka gila dengan concealer ni sebab senang nak blend uolls dan yang paling penting tak bercapuk dan harga pun murah je hiks! 4.9/5


3. EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE - BCLXALTHEA


ok masa dapat ni sha jerit hahahaha omg cantik gila uolls warna eyeshadow ni T___T sebenarnya sha memang teringin nak pakai eyeshadow tapi i is tak reti at all! sumpah tak reti tapi kalini sha cuba jugak hahaha walaupun taksama kiri kanan :P


cara menggunakan Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLxAlthea

1. pilih je mana mana warna yang korang nak letak pastu letakkan kat kelopak mata
2. blend & settle


MY REVIEW : sha ni jenis tak berapa minat kalau warna wow wow gitu haha sebab rasa tak selesa so sha pilih tiga color kat atas untuk mata sha, yang best pasal eyeshadow ni pigmented gila! sekali sapu zupppppp melekat kat kelopak mata haha! 5/5



4. SPOTLIGHT EYE GLITTER


ni memang first time guna produk ni, takpernah pernah membeli produk ni haha pastu first time guna taktau nak letak mana hahaha sudah, mula mula ingt nak letak kat kelopak mata tapi jadi tak cantik sebab kelopak mata sha jenis kecik hahaha! 


eye glitter ni ada dua pilihan warna iaitu :-

💮 #01 Gold Light
💮 #02 Pink Light


cara menggunakan Spotlight Eye Glitter

-sapukan kat mana mana bahagian mata yang korang nak guna applicator yang ada tu
- tunggu sampai kering


 MY REVIEW : sha guna yang warna gold. senang nak guna sebab ada applicator tu, brush dia lembut dan kecik je. reason letak kat mata macam atas ni sebab nak buat mata nampak besar gitu. 4/5



5. WATERCOLOR CREAM TINT


kalau korang nak tau, sha ni memang gila dengan namanya produk berkenaan lip hahaha. lipstick sha penuh dah rak tapi masuk watson masih mau beli :') jadinya bila dapat 4 color liptint ni aaaaaaaaa imma happy girl in the happy world hahaha. basically, cream tint ni la FAVORITE produk antara semua semua ni hikhik


Watercolor Cream Tint ni ada 4 warna iaitu :-

💮 #01 Plum Cream
💮 #02 Strawberry Cream
💮 #03 Peach Cream
💮 #04 Marron Cream


cara menggunakan Watercolor Cream Tint

* sebagai blusher (using #03 peach cream)
- sapukan beberapa dot cream tint di pipi dan hidung
- blend guna sponge

* sebagai lipstick (using #04 marron cream)
- sapukan di bibir & ratakan

MY REVIEW : color cream tint ni memang betul betul cantik! sumpah weh semua cantik dan semua ni korang boleh jadikan eyeshadow, blusher & also lipstick! yang pentingkan color dia tahan lama, kalau makan pastu takyah reapply pun masih cantik warna kat bibir! 5/5!


selepas penat berhempas pulas~


pada sha la kan, kalau korang nak gi travel ke apa korang memang boleh bawak je produk produk ni sebab concealer boleh juga dijadikan penganti foundation, watercolor cream boleh dijadikan eyeshadow, blusher & lipstick. nampak tak mudahnya nak cantik? :P lagipun semua produk produk ni ringan je, senang cakap memang muat elok dengan korang punya beg hehe. kat mana nak beli? mestilah kat website Althea 👇👇👇

Instagram : @altheakorea
Facebook : Althea Malaysia




#AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaMakeUp

10 comments:

  1. lawa, dan simple je step dia..

    ReplyDelete
  2. Pandainya sha makeup hehe. Jeles ika. Cantik. Rasa mcm menarik eyeshadow pallete tu.

    ReplyDelete
  3. rajin dia nak mekap hehe.. kalo akak ni kadang2 jele..
    hari2 tepek bedak. tapi lipstick wajib la hehe..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya.. Hihi akak memang berzaman la nak pakainya sebab akak nie jenis yang cepat peluh.. So kalu nak pakai mekap kena duduk jea dalam opis dan takleh keluar.. kalu keluar jawabnya cair mekap.. hihi

    ReplyDelete
  5. Ai tak pernah pandai pakai eyeshadow dengan lukis kening. Jeles tengok orang makeup senang je.

    ReplyDelete
  6. simple look pun dah cantik dah...

    ReplyDelete
  7. cantik lerr..pandai sha apply semua tu kat muka...

    ReplyDelete
  8. cantik hasil mekap sha..antara semua item ni, akak suka spotlight eye glitter..akak buh je kat bawah eyeliner..walaupun pedih2 sikit..demi glams, iolls okey je...

    ReplyDelete
  9. Comelnya dia walaupun simple make up je..

    ReplyDelete