Assalamualaikum

PRODUK PENJAGAAN SEMULAJADI DARI ASMAK BABYCARE | Hi. sekarang kat pasaran dah macam macam produk adakan termasuklah produk penjagaan untuk bayi. walaupun sha masih takda anak tapi sha ada anak mengasuh! macam yang diceritakan dalam entry sebelum ni pasal supina, walaupun anak mengasuh je tapi sayang dia macam adik sendiri! jadinya sha selalu jugak la beli mainan, makanan dan tak lupa juga produk penjagaan untuk dia. biasalah adik sendiri sekarang dah 20 tahun, jadi menumpang kasih adik orang lain jelah haha! jadinya tengah cari cari produk nak dibeli ternampak iklan pasal Asmak Babycare


macam biasa kalau sha nak beli apa apa sha akan google dulu kelebihan produk tu, ok ke tak produk ni, review pasal produk tu. bila dah google memang banyak positif feedback pasal produk ni, ah tak sabarnya nak bagi supina! pastu hari jumaat haritu barang sampai yahuuuuu!! bukak bukak je parcel dah impress dengan kotak dia haha mak mak sangat perangai, kotak cantik pun sayang oh nak buang :p

PRODUK ASMAK KELUARAN MHAM SDN BHD



Untuk pengetahuan korang yang first time dengar nama "ASMAK" ni, produk Asmak ni merupakan keluaran MHAM Sdn Bhd, dimana syarikat MHAM adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi. kalau korang nak tau MHAM ni dah keluarkan banyak dah produk, antaranya adalah

Asmak Baby Care
Produk Pemakanan
Set Penjagaan Diri
Kaisa Skincare



ASMAK BABY CARE

Asmak Baby Care merupakan rangkaian produk yang berkualiti dan semulajadi dimana sangat sesuai untuk kegunaan bayi/kanak kanak kerana semua produk daripada Asmak adalah selamat dan diluluskan oleh KKM. Dalam set Asmak Baby Care ni terdapat 5 produk iaitu :-





Asmak Baby Care Baby Wash (Top To Toe)
Asmak Baby Care Lotion
Asmak Baby Care Essential Oil
Asmak Baby Care Powder
Sevenis Hair Oil


1. ASMAK BABY CARE BABY WASH (TOP TO TOE)



Kandungan dalam baby wash ini adalah Aqua, Eucalyptus oil, Charmomile flower, Rose flower, Vitamin E, Jojoba oil dan Apricot Oil dan baby wash daripada Asmak Baby Care ini juga bebas daripada Paraben, Sulfate dan juga SLS. Bila korang bukak je penutup babywash ni memang dapat bau wangian yang sangat menenangkan! korang hanya perlu picit sedikit sahaja dan sapukan ke seluruh tubuh dan rambut simanja. walaupun dengan satu picitkan, korang boleh guna untuk satu badan tauu sebab baby wash ni pekat! lepas mandi kan, wangian dia masih melekat dibadan dan kulit pun jadi lembut!

2. ASMAK BABY CARE LOTION


selepas gunakan baby wash, lap badan simanja dan boleh lah gunakan lotion daripada Asmak Baby Care! sapukan lotion ni keseluruh badan simanja, memang best bau lotion ni. sha sendiri pun kadang kadang ambik pakai sekali :p bahan yang digunakan adalah Aqua, emullium delta, clove oil, ginger oil, portulaca extract dan korang jangan risau sebab dalam lotion ni tiada paraben dan sulfate

3. ASMAK BABY CARE ESSENTIAL OIL


seterusnya, sapukan simanja anda dengan essential oil ni. essential oil ni boleh digunakan di bahagian - bahagian berkenaan sahaja. sapukan beberapa titis ke bahagian tertentu bagi memberi kesan menenangkan dan memudahkan bayi untuk tidur! sebagai contoh korang boleh sapukan dibahagian perut dan juga tapak kaki. essential oil ini juga boleh digunakan ketika bayi kurang sihat dan juga kepada ibu yang mengalami masalah kekurangan susu. Bahan yang digunakan adalah clove oil, nutmeg oil, menthol, peppermint oil dan sweet almond oil! memang best essential oil ni, si supina tu memang suka betul bila sapu essential oil ni kat perut ni - katanya wangii nak lagi 

4. ASMAK BABY CARE POWDER


selepas mandi wajiblah pakai bedak kan? ha sapukan bedak ni keseluruhan badan simanja, yang bestnya bedak ni pun wangi ya amat! bau lavendar gitu, memang lepas pakai bedak ni dengan haruman yang wangi senang je si supina nak lelap haha. bahan bahan yang digunakan adalah kaolin, portulaca extract, papaya extract, lavendar essential oil dan bedak ini bebas daripada synthenic colours, paraben, talc dan phthalates. bahan utama bedak ini adalah tanah liat jenis kaolin dimana telah dibuktikan bahawa bahan ini adalah sangat bagus untuk kulit!

5. SEVENIS HAIR OIL 



akhir sekali, minyak rambut! minyak rambut ni memang wajib kalau dengan si supina ni sebab rambut dia jenis keringting haha kalau tak letak minyak memang kusut teruk. dengan penggunaan minyak rambut ni rambut si manja korang akan lebih sihat, kuat, bersinar, lembut dan berbau wangi! mana taknya korang tengoklah bahan bahan minyak rambut ni apa ; light mineral oil, tea tree oil, babassy oil, virgin coconut oil, argan oil dan castor oil! lepas guna minyak rambut ni memang masalah rambut kusut dah berkurang yayy!




selepas guna produk produk daripada Asmak Baby Care ni memang sha sangat sangat recommend kepada semua ibu ibu yang masih mencari produk untuk baby hampa! bukan si supina ja suka produk ni, sha sendiri pun sangat sangat tambah tambah sevenis hair oil dengan essential oil tu! haritu selesema, sha saja ja ambik essential oil tu sapu tepi tepi hidung, alhamdulillah esok tu dah tak jadi budak berhingus dah haha :p kalau korang nak jadikan hadiah pun okay jugak sebab packaging dia memang cantik! boleh terus bagi je takpayah balut balut dah. sha bagi 5/5 bintang untuk Asmak Baby Care 💚!





UNTUK MAKLUMAT LANJUT :-

Facebook :  Asmak by Mhamsb
Instagram : @asmak.babycare
Whatsapp : 0199708897