AIDILADHA 2018


Assalamualaikum

AIDILADHA 2018 | Hi korang! masih bercuti atau dah bekerja macam sha? liat betul pagi tadi nak datang kerja sebab dah cuti lama walaupun takda la lama mana :3 walaupun hari raya haji dah lepas beberapa hari, tapi sha nak cerita jugak hahaha. apa yang best pasal raya haji adalah takbir raya :') seronok je dengar sebab lama dari yang raya puasa. dan malam raya tu sha tidur lewat tapi taktau lah buat apa hahaha

HUJAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA


HUJAN DI PAGI RAYA!

sha sebenarnya dah dapat agak sebab sha selalu check ramalan cuaca hahaha yes pagi hari raya tu hujan, ya rabbi dia punya malas nak tinggal katil takyah cakap la tapi hujan behenti dalam pukul 8 macam tu, jadi dapatlah budak budak (cousin sha) tu keluar beraya dari rumah ke rumah. sha macam biasa, stay rumah je pagi hari raya dan duk whtsapp dalam group nak kemana semua. cadangnya pukul 11 nak kluar tapi time tu lah hujan lebat T__T memang lebat sangat dan berpanjangan sampai ke lepas zohor. sha dah iron baju semua dah, hujan behenti je mmg nak gi rumah nzirah je.

HUJAN RINTIK RINTIK

lepas zohor keadaan masih sama, masih hujan tapi rintik rintik, ni bukan rintik rintik takbasah tu, rintik rintik basah punya hahaha tapi gagah jugak keluar, sebab dah bersiap kan. sepanjang jalan nak kerumah nzirah nampak budak budak berjalan hujan hujan nak beraya dari rumah ke rumah (kat kampung nzirah) seronok je tengok sebab kat kampung sha takramai sangat budak buda, sampai rumah nzirah masuk dulu sebab dia siap takhabis lagi -_- makan dulu kuih muih yang disediakan dan mcm biasa air oren~ kahkahkah

KUIH  DI RUMAH NZIRAH

kitaorang teruskan perjalanan ke rumah classmate kitaorang, kaksu. kaksu memang tengah tunggu kami sampai masa tu, masuk je dalam rumah lepas bersalaman terus kaksu hidangkan kami soto. lepas hujan kan, perut terasa lapar dengan berbekalkan ketupat yang pagi tadi punya apa lagi kita belasah la hahaha. selain soto, kaksu jugak hidangkan ketupat kacang dan serunding. sedap! terima kasih kaksu. masa kat rumah kaksu ada jugak berootd sebab rumah sebelah rumah kaksu tu nampak unik sangat!

SOTO DI RUMAH KAKSU

OOTD !

balik dari rumah kaksu singgah rumah kawan kitaorang, leka. hahaha dia baru sampai dari pahang pagi hari raya, kesian :p dia dah cakap awal awal yang rumah dia hidang kuih muih ja, tapi kitaorang on ja sebab dah kenyang kan makan kat rumah kaksu hahaha. ha masa kat rumah leka lah banyak gambar yang diambil, macam macam posing, semua filter diguna, app camera yang kat phone semua kitaorang guna :p lepas tu, balik hantar nazirah dan sha terus balik rumah, badan pun dah letih + kenyang hahahaha. demikianlah hari raya haji sha this year, baju memang pakai yang last last year punya ja ;p

MAKAN MAKAN DI RUMAH LEKA



OOTD DI BELAKANG RUMAH LEKA

last but not least, salam aidiladha dari kitaorang lima hahahaha susah dah nak raya bersama bila dah besar ni, tahun depan ada jugak yang raya rumah mak mentua ni hukhuk









16 comments:

  1. Selamat hari Raya AidilAdha in advance awaknyaa... Kita pun beraya dalam hujan, sedih sungguh nak berjalan.

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha. meriah juadah2 yang ada =)

    ReplyDelete
  3. Salam Aidiladha Sha.. kalau di Sarawak femes dengan kek lapis hihi warna warni je atas meja.

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha, sha..ada gak berjalan sha..k.fiezz duk umah je..nasib la ada adik ipar & family makcik belah husband k.fiezz datang beraya ke rumah..ada rasa suasana raya sebab raya kat KL..tak balik kg..bajet kureng..haha..

    ReplyDelete
  5. Salam Adidiladha..............udah kerja..whoa, bestnyaaa beraya ngn members

    ReplyDelete
  6. Salam AidilAdha Sha..
    Puas jalan dan makan kuih raya ye walaupun hujan.. Meriah kuih raya tu...

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha sha. Kak ana tak sempat beraya pun. Dari pagi ke petang rewang korban depan rumah. Sampai sengal badan lah esoknya. Hehe

    ReplyDelete
  8. segak anak2 dara selfie.. penang pun hujan jugak raya haji aritu

    ReplyDelete
  9. Salam Aidiladha !! Kalau kawasan rumah kita langsung tiada kuih raya dah raya ni yang ada masak nasi putih dengan lauk daging je hehe

    ReplyDelete
  10. X sempat nak ootd raya kali ni..bagus la siap ada kuih raya ag tu..hee

    ReplyDelete
  11. Tak sempat nak ucap salam aidiladha. Insha Allah next year. :p

    ReplyDelete
  12. Raya haji baru ni, kak tak raya kat alor setar..raya sambil bawak budak² jalan²..

    ReplyDelete
  13. tetiba lapaq soto pulak memalam ni. hehe

    ReplyDelete