RAYA IS CANCEL!


Assalamualaikum

RAYA IS CANCEL! | Hi, salam 4 syawal! dah kembali bekerja pun harini, sob sob. takpuas lagi nak cuti sebenarnya, nak cuti lagi sebab cuaca kat kedah ni mendung je, syok je kalau buat taik mata. eh kejap, asal dengan tajuk entry sha ni haha. ha meh nak cerita, so first day hari raya haritu sha bertepek je kat katil sebab pening. a day before raya dah busy teruk kan, so malam raya tertidur awal. pastu bila tertidur awal haruslah terjaga tengah malam. pukul5 pagi baru boleh lelap balik hahahaa tiba tiba pulak ex whtsapp kan, raya raya ni takkan nak marah lagi hal hal lama hahaha :p pastu pagi raya bangun nak mandi peh sakit kepala takyah cakap lah, dengan bising orang semua beraya hahaha. begitu lah cerita first raya sha :') dah la tahun depan niat nak beraya kat rumah mak mentua hahahahahaha :p

second day pulak, macam tu jugak pening jugak padahal takmakan daging banyak pun. ya Allah rasa lesu gila lah badan T___T tapi tengahari tu mandi rasa segar sikit terus ajak nazirah pi meraya. barulah ada ootd raya haahaha!


kitaorang mula mula ingt nakpi beraya kat kfc je, pastu ws kat group dan awa free, pi jelah rumah dia haha. makan kenyang kenyang pastu pi selfie belakang rumah, sebaik sekarang sawah padi tengah hijau.

          
perempuan dengan selfie manalah boleh pisah kan!


lepas settle raya rumah awa, sha dengan nzirah teruskan perjalanan hahaha saja pusing pusing kat kerpan - ayer hitam pastu duk tengok jalan jem sebelah nak ke perlis hahahahaha stress jugak la tengok sebab panjang kemain, lepas tu singgah kfc dan warong hijrah. taksangka kot raya kedua dah bukak hahaha. kitaorang takmakan pun tapi pekena ais milo kepal je. lepas tu hantar nzirah balik dan sempat lagi ootd tau!

ootd belakang rumah nzirah
dikesempatan ini, sha nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, andai ada yang tersalah bahasa, terasa hati dengan apa sha tulis, sha memohon 10 jari memohon ampun dan maaf. since saya masih tak kahwin, siapa nak bagi duit raya boleh pm ok? :p








15 comments:

  1. Cantiknya pemandangan kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik je tu haha sawah tengah hijau

      Delete
  2. salam singgah sini, meriahnya dia beraya.. selamat hari raya ya sha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sikit meriah, tapi alhamdulillah hehe. salam syawal kak :)

      Delete
  3. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Waah raya sakan nampak. :D

    The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya :) Maaf zahir & batin.
    sy ada tag giveaway hehe~ jgan lupa join ya

    http://ciknurul23.blogspot.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Sha. Maaf zahir batin. Take care dan semoga sentiasa sihat dan ceria.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya shafiqahhh. nikmati la beraya bujang. dh kawen nnt kena p rumah sedara laki pulak...

    ReplyDelete
  7. Salam 6 Syawal.
    Raya ini apa lagi kita makan jelah sampai lebam hahaha...
    Kalu buat view bendang nan luas mesti lagi happening.

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya, Sha..dh kerja, x leh dpt duit raya..hehe

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri Sha.. Cantik OOTD Dekat sawah padi..

    ReplyDelete
  10. Aida landing hari ni di blog Sha.
    Last day Syawal hi hi...
    So still bleh wish selamat hari raya kpd Sha ye.

    ReplyDelete