365 DAYS


Assalamualaikum

365 DAYS / 22 JUN | Hi, sekejap je dah setahun. macam tak sangka, macam takpercaya tapi sayang - bukan jodoh kita nak teruskan lagi banyak hari bersama. rasa macam dah banyak sangat saya rancang nak buat aktivit dengan awak, nak melancong sama sama, nak makan sama sama tapi ....... saja tulis entry ni supaya nanti boleh ingat yang saya pernah dibahagiakan awak, awak pernah buat saya tersenyum gembira, pernah buat saya menangis, saya pernah lukakan awak, saya pernah sakitkan awak ; ya awak. 


tipulah tak sakit, tipulah tak terluka tapi siapa kita nak lawan semua yang dah ditetapkan. Allah je tau banyak mana sayang saya kat awak.... kepada awak yang nun jauh disana ;  terima kasih kerana hadir semasa saya perlukan seseorang untuk menghiburkan diri saya. awak datang tanpa disangka untuk kali kedua dalam hidup saya - Alhamdulillah kali kedua awak tegur baru saya tau awak wujud :p saya masih ingat awak tegur saya buat kali kedua (tahun 2017) dan kali pertama (tahun 2016) dan sekarang selepas setahun kita terpaksa hadapi perpisahan.

Allah tidak akan mencabut sesuatu dari anda, melainkan untuk memberikan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Dan redha adalah perkara yang sukar melainkan dari hati yang bersabar dengan ikhlas dan jiwa lapang untuk melepaskan. 

semoga kehidupan kita lepas ni, kehidupan yang terbaik buat kita. semoga kita lebih bahagia dengan kehidupan masing masing. semoga lepas ni bila kita terjumpa balik, kita masih boleh bertegur sapa, kita masih kawan tapi bukan sekarang (bagi masa dulu nak moveon). saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak, dapat tengok awak bahagia pun dah cukup untuk saya..... jaga diri, jaga iman, jaga hati. jaga mata & semoga Allah permudahkan segalanya

Salam Jumaat semua :)

4 comments:

  1. Setiap yang berlaku pasti ada himahnya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Dahlah tengah bukak lagu sedih, baca entri ni pulak. Maka, rasa sebak pulak jadinya. Huhu :(

    Takpe kak Pikah..Be strong!

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan urusan, dikurniakan kebahagiaan, dan kegembiraan dalam rahmat Allah ;-)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan semua urusan selepas ni..amin

    ReplyDelete