JATUH CINTA PANDANG PERTAMA DENGAN MR GREY?!!


Assalamualaikum

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA DENGAN MR GREY?!! | Hi uolls! sekarang drama macam cendawan kan? habis satu drama datang drama baru lagi dan lagi sampai kadang kadang tu tak menyempat nak tengok hahaha. last week baru habis cerita Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan Syafiq Kyle dengan Zahirah MacWilson dan isnin lepas dah start cerita baru iaitu MR GREY



SINOPSIS DRAMA MR GREY (ASTRO)

Cerita ni mengenai Mr.Grey atau nama sebenar Malique Gregory Kamal Bin Grey Muslim (Fendy Bakri) dan Nisa Ardina Binti Nizar (Eyra Hazali) yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma (Lisdawati) dan Ilham Arsyad (Shah Iskandar) yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa? Jeng.. Jeng..  Jeng...


mula mula sha tengok tajuk cerita ni - Mr. Grey? terus macam apabendalah tajuk cerita ni ka lagu? haha tak ambik port langsung. pastu macam biasa pagi pagi sha akan bukak website yang ada drama drama melayu ni, nak tengoklah cerita apa ganti takadacintasepertimu tu. lahhh mr grey ni drama baru la? terus tepuk dahi haha. apa tunggu lagi teruslah layan, kalau sebelum ni sha akan tengok live kat fb cerita pukul 10 kat astro ni, gigih bukan? tapi disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan sha pun ambik keputusan untuk tengok keesokkan harinya. 



masa mula mula tengok drama tu nampak senyum Mr Grey terus jatuh cinta! sebelum ni sha tak kenal pun dia hahaha dan taktau pun dia pelakon ehehe selalu memang macam tu la kan? nak femes kena jadi hero baru orang kenal kahkah. perwatakan Fendy Bakri dalam Mr Grey ni memang lawak dan bersahaja, seronok je tengok tak stress hahaha. kadang kalau hero mesti ego, bajet handsome tapi dia memang handsome so takpayah nak bajet handsome dah tapi! dia sebenarnya more to manis la. sha tiap hari tunggu cerita Mr Grey tapi dah tak tengok live nanti sangkut sangkut, sha tengok keesokan haritu. korang pun kena tengok drama ni kalau nak senyum sorang sorang ok? hehehe


alalalala manisnya 



ok bai! #dramamrgrey



3 comments:

  1. sama la dengan akak kalau tengok cerita melekat2 dekat tv ada gam hahahha

    ReplyDelete
  2. Hana prefer TACS hehe Sorry Mr.Grey! haha ^^

    ReplyDelete